Pelita Brunei - Sabtu 15 Nov 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“ALHAMDULILLAH, kerana Bagindalah kita dapat mengenali Allah serta menyembah-Nya. Kerana Baginda juga kita menjadi orang-orang yang baik, yang suka beribadat, suka menolong sesama manusia, dan pandai membaca Al-Qur'an. Ini semua adalah bersumber daripada rahmat yang dibawa oleh Baginda, semoga Allah mengekalkan rahmat ini sampai bila-bila.” - Titah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam pada 12 Rabiulawal 1435 Hijriah bersamaan 14 Januari 2014 Masihi.

“DAN Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala Surah Al Mu’min ayat 60).

TAHUN 59 / BILANGAN 141

15 NOVEMBER 2014 / 1436

22

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Laporan : Hajah Zabaidah Haji Salat, Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Hernie Suliana Haji Othman dari Nay Pyi Taw, Republik Kesatuan Myanmar NAY PYI TAW, REPUBLIK KESATUAN MYANMAR, Rabu, 12 November. Dalam tempoh 50 tahun yang akan datang, ASEAN akan berhadapan dengan cabaran yang rumit di sepanjang perjalanan itu, di mana ASEAN perlu terus-menerus bersedia untuk menanganinya. Selain itu, dalam masa tiga tahun, ASEAN akan memperingati ke-50 penubuhannya. Dalam tempoh tiga dekad yang lalu, rantau Asia Tenggara telah menikmati keamanan dan kestabilan yang berterusan, pembangunan ekonomi yang pesat serta mendalami lagi hubungan sosiobudaya bersama, yang mana ASEAN telah memulakan proses bagi pembangunan masyarakat. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-25 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Myanmar (MICC) di Nay Pyi Taw. Ke muka 24

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Muka 12 & 13 13 graduan ITQSHHB dianugerahkan Diploma ‘Aliyah Qiraat

Mu’izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan bersabda, penekanan kita terhadap Al-Qur’an, seperti membacanya, menghafalnya, mahupun belajar mengenainya, merupakan salah satu penyumbang besar ke arah merealisasikan hasrat murni untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota bersabda demikian pada Majlis Haflut Takharruj Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) Kali Kedua yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Oleh itu, Duli Yang Teramat Mulia bersabda, menyeru para graduan yang diraikan pada majlis itu secara khususnya, agar sentiasa berusaha menjaga dan mengagungkan Al-Qur’an dalam diri mereka sendiri, kerana manfaatnya akan terpancar dalam seluruh aspek kehidupan mereka dan juga orang sekeliling mereka.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar bersama Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Thein Sein dan isteri, Puan Daw Khin Khin Win.

Tambah DYTM, kepentingannya tidak dapat dipertikaikan lagi kerana mereka inilah yang sedang dan akan menjadi role model bagi umat Islam di negara ini. Terdahulu, DYTM bersabda, majlis yang penuh keberkatan ini adalah merupakan keberhasilan usaha berterusan kerajaan paduka ayahanda DYTM dalam memartabatkan pendidikan Al-Qur’an di negara ini. “Ianya adalah juga semata-mata berasaskan keyakinan yang mendalam bahawa pendidikan Al-Qur’an berupaya untuk membina masyarakat yang bertaqwa, bersikap adil dengan berasaskan kasih sayang, mengeratkan persaudaraan, bertolak ansur, bertanggungjawab dan bertindak mengikut garis panduan serta ajaran-ajaran suci Al-Qur’an,” sabda DYTM.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Ke muka 24

PELITA BRUNEI hari ini menerbitkan Laporan Khas sempena SIDANG KEMUNCAK ASEAN Ke-25, Republik Kesatuan Myanmar

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.