PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''SELAIN itu, apa-apa jua yang berunsur keburukan atau yang merugikan, hendaklah kita sekat dan banteras. Inilah satu-satunya langkah penting untuk mengelakkan penyesalan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun I434 Hijrah / 2013 Masihi anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada hari Selasa, 19 Syawal 1434H bersamaan 27 Ogos 2013M.
''DAN Tuhanmu berfirman : Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada Ku. Akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Mu'min ayat 60).
TAHUN 60 / BILANGAN 97
15 OGOS 2015 / 1436
29
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Terus berjasa kepada Islam dan negara Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 Ogos. - Semua warga Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) diseru supaya samasama bersyukur sambil bermaaf-maafan dengan azam yang tetap kuat untuk terus berjasa kepada Islam dan negara. Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned bersyukur kerana masih berpeluang untuk berkumpul
PELITA BRUNEI hari ini menerbitkan KELUARAN KHAS 24 muka sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-69
dalam perkumpulan Hari Raya walaupun di penghujung Syawal kerana pintu-pintu Hari Raya itu sebenar-benarnya adalah terus terbuka bagi orang-orang beriman tidak cuma pada bulan Syawal sahaja. ''Ulama besar dan Wali Allah al-Hassan al-Basyri Rahimahullah apabila beliau ditanya : ''Apakah Hari Raya itu menurut tuan?'' Al-Hassan al-Basyri menjawab : ''Hari Raya bagi saya, ialah apabila pada hari itu saya tidak melakukan derhaka kepada Allah. Pada masa itulah berlaku Hari Raya untuk saya.'' Saya menganggap, Hari Raya al-Hassan al-Basyri ini adalah Hari Raya peringkat tertinggi, kerana jarang orang mengaitkan Hari Raya itu bulat-bulat dengan taat kepada Allah. Yang selalu atau lumrah kita nampak ialah bulat-bulat suka sahaja. Bersuka ria semata-mata. Berhibur semata-mata. Makan-makan dan tidak cukup dengan makan-makan itu, orang bergendang pula, menari-nari pula. Inilah yang lumrah kita lihat. Tidak halnya dengan al-Hassan al-Basyri, Hari Rayanya adalah semata-mata taat kepada Allah, tidak dicampur-aduk dengan maksiat atau perkara yang sia-sia,'' jelas Yang Berhormat semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pelancaran Buku JMK, di ruang legar Darulifta Brunei Darussalam, JMK. Ke muka 24
Pasukan Black menjuarai Kejohanan Polo
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyertai Kejohanan Polo sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-69. - Foto : Hamzah Mohiddin (Lihat muka 3).
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn