PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“ APABILA disebut 'perundingan' ia adalah suatu manifestasi yang jelas mengenai bagaimana kita mengurus, mengatasi dan menghuraikan sebarang masalah secara berunding atau bermuafakat.� - Titah Sempena Majlis Perasmian Perhimpunan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara pada 26 Mei 1996.
“HARTA dan anak-pinak itu ialah perhiasan kehidupan dunia dan amalan-amalan soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik menjadi harapan untuk kebahagiaan hidup di Akhirat.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Kahfi, ayat 46).
TAHUN 61 / BILANGAN 7
16 JANUARI 2016 / 1437
JABATAN PENERANGAN
6
Siap siaga meningkatkan kesejahteraan
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa berucap pada Sesi Muzakarah dengan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara yang berlangsung di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. - Foto : Masri Osman.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Januari. - Dalam menjaga kesejahteraan dan memelihara keselamatan masyarakat, di samping menghayati nilai-nilai perpaduan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) mempunyai pelbagai bidang tanggungjawab meluas dan memerlukan kesiapsiagaan bagi memastikan perkhidmatan cemerlang dan meningkatkan kesejahteraan serta pembangunan sosioekonomi masyarakat yang inklusif dan seimbang. Ke arah itu, KHEDN akan sentiasa memperbaiki kaedah dan prosedur penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai dengan mempertingkatkan perkhidmatan agar ia sentiasa mesra pelanggan, relevan dengan keadaan semasa, serta memastikan perkhidmatan akan sentiasa cekap dan responsif. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyatakan perkara tersebut pada Sesi Muzakarah dengan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara
(MMN) yang berlangsung di kementerian tersebut. Yang Berhormat berkata, dalam usaha KHEDN untuk mensejajarkan strategi kementerian itu supaya menjurus kepada Wawasan Brunei 2035, terdapat enam tema matlamat strategi sebagai garis pandu yang didukung oleh 11 jabatan dan satu pusat di bawah kementerian berkenaan. Enam tema matlamat strategi itu, ujarnya, ialah meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat;
memantapkan perpaduan dan kesejahteraan; memelihara keselamatan masyarakat; penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam; meningkatkan keupayaan sumber tenaga manusia; dan memangkin perkembangan ekonomi. Di peringkat antarabangsa pula, tambah Yang Berhormat, persaingan negara-negara di peringkat antarabangsa semakin meningkat dan daya saing sesebuah negara itu dinilai dari segi kemampuan untuk menarik masuk pelaburan dan perdagangan berbanding dengan negara-negara lain. Ke muka 5
Muka 3
Muka 4
ANUGERAH Insentif PSR suntik semangat para pelajar
BERDIALOG buka ruang perbincangan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
EDISI SABTU / PERCUMA
Kebawah DYMM berkenan menghantar perutusan takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo berikutan dengan serangan dan pengeboman di Jakarta baru-baru ini. Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, baginda berasa terkejut mengetahui berita mengenai dengan kejadian serangan dan pengeboman tersebut. Negara Brunei Darussalam bersama-sama dengan negara-negara lain mengutuk serangan dan pengeboman berkenaan dan berdiri teguh dengan rakyat Indonesia dalam menghadapi keadaan yang menyedihkan ini. Dalam mengakhiri titah perutusan takziah tersebut, baginda menyampaikan ucapan simpati yang amat mendalam kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo. Sementara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan berikutan dengan serangan pengganas di Istanbul baru-baru ini. Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, baginda berasa terkejut mengetahui tentang serangan berkenaan. Negara Brunei Darussalam bersama-sama dengan negara-negara lain mengutuk serangan pengganas yang kejam itu dan berdiri teguh dengan rakyat Turki dalam menghadapi keadaan yang menyedihkan ini. Dalam mengakhiri titah perutusan takziah tersebut, baginda menyampaikan ucapan simpati yang amat mendalam kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan.
Perancangan Strategik PDB jadi panduan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 15 Januari. - Semenjak 95 tahun penubuhannya, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah banyak menyumbang dan menabur jasa bagi penduduk di negara ini. Pasukan ini telah berusaha menjalankan tanggungjawabnya dalam menguatkuasakan undang-undang negara dan dari itu, adalah wajar bagi generasi warga pasukan pada hari ini untuk terus berusaha dengan tekun dan gigih dalam memartabatkan pasukan ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Usaha dan komitmen PDB sangat dihargai dan adalah perlu kepercayaan ini terus wujud bagi PDB kekal dihormati sebagai penjaga keamanan yang unggul. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar menegaskan perkara tersebut pada Upacara Perbarisan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-95 Tahun 2016 berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan Polis, Gadong. Ke muka 6
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn