PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KITA perlu menyemai sikap suka membina diri, rajin dan gigih, berjimat-cermat dan melabur untuk masa depan. Kerana itu kita mesti memberikan tumpuan kepada kemajuan pendidikan. Di bidang ini alhamdulillah, kita telah banyak mencapai kemajuan. Pelaburan dan infrastruktur pendidikan kita adalah antara yang terbaik. Secara relatif, peratus rakyat kita yang mempunyai pendidikan tinggi adalah antara yang tertinggi di dunia. Kadar celik huruf kita juga sangat tinggi. ” - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-65 Tahun pada 13 Syaaban 1432H / 15 Julai 2011M.
“... DAN janganlah pula kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan fasiq sesudah seseorang itu beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Hujuraat ayat 11).
TAHUN 59 / BILANGAN 102
16 OGOS 2014 / 1435
19
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Oleh : Samle Haji Jait
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-68. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah. (Berita penuh dan gambar-gambar dimuatkan ke Muka Surat Khas 7 hingga 18).
Penubuhan Majlis Wawasan 2035 diperkenan Oleh : Mohd. Rainie Haji Durani BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperkenankan penubuhan Majlis Wawasan 2035 bagi memantapkan agenda pembangunan negara. Semasa bertitah baginda menjelaskan, majlis berkenaan akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Tertinggi Rancangan Kemajuan Negara dan Unit Penggerak di Jabatan Perdana Menteri. “Peranan utama majlis ini ialah untuk
membantu secara intensif dan sistematik pelaksanaan usaha-usaha agensi-agensi kerajaan beta dalam merealisasikan hasil pencapaian objektif-objektif Wawasan 2035,” Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah sempena Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Sempena UIang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-68 Tahun yang berlangsung di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman. Menyentuh mengenai infrastruktur Kebawah DYMM bertitah, Pelan Induk Pengangkutan Darat telah pun siap disediakan, di mana ia akan menyediakan jaringan perkhidmatan jalan raya yang efisien. Selain itu, pelan berkenaan juga mengandungi blueprint kemajuan ekonomi di bawah sektor tersebut. Baginda bertitah, projek bagi meningkatkan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
infrastruktur pelabuhan dan memodenisasikan lapangan terbang yang sedang berjalan pula akan membuka luas pengkomersialan perkhidmatan-perkhidmatan di bawahnya, bagi menjana lebih banyak lagi peluang perniagaan dan pekerjaan. Sementara itu, pihak kerajaan juga akan terus memberikan perhatian dalam bidang kesejahteraan khususnya bagi menangani jenayah. Dalam hal ini, baginda bertitah mengingatkan mengenai ancaman siber yang berbahaya terutama kepada kanak-kanak. Baginda dalam titah menjelaskan bahawa Kementerian Perhubungan sedang giat merangka kerja-kerja untuk ‘Child Online Protection’ bagi melindungi kanak-kanak yang menggunakan internet daripada terdedah kepada pengaruh-pengaruh negatif dan ancaman jenayah siber. Ke muka 12 dan 13
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Ogos. Negara meletakkan objektif dalam bidang ekonomi sebagai sebuah 'kuasa ekonomi' dinamik yang mampu untuk menduduki tempat ke-10 teratas di dunia dari segi pendapatan per kapita. “Ini bererti, kita adalah dikehendaki untuk meningkatkan pendapatan negara ke tahap BND80 bilion menjelang tahun 2035, berbanding hanya BND20 bilion sahaja ketika ini. Ini juga turut merujuk kepada ekonomi negara supaya ia dapat tumbuh sekitar 5 ke 6 peratus setahun,” Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-68 Tahun di Istana Nurul Iman, di sini. Oleh itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah melahirkan harapan supaya semua pihak dalam kerajaan dan swasta akan dapat melipatgandakan usaha masing-masing untuk mencapai sasaran berkenaan. Ke muka 24
Muka 16 dan 17
MAJLIS Persantapan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn