Pelita Brunei - Sabtu 16 SEPT 2017

Page 1

''PENGISIAN hari atau waktu ini mustahak diambil kira, kerana zaman kita sekarang adalah zaman yang terlalu banyak berseronok atau bersantai. Jika para belia, kita biarkan asyik memilih trend bersantai sahaja, maka risikonya sangatlah buruk untuk masa depan.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-12.

''WAHAI orang-orang yang beriman! Apabila disuruh untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka pergilah kamu ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan Sembahyang Jumaat dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu), yang demikian itu lebih baik bagi kamu, jika benar kamu mengetahui.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Jumu'ah, ayat 9).

4.44

TAHUN 62 / BILANGAN 111

4.54

6.11

16 SEPTEMBER 2017 / 1438

6.33

12.16

24

3.20

6.19

7.29

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Empat Memorandum Persefahaman ditandatangani Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

BEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Rabu, 13 September. Negara Brunei Darussalam menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman bersama Kerajaan Republik China. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyaksikan Majlis Penandatanganan Perjanjian Kerjasama berkenaan. Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Juga hadir menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping yang berlangsung di Great Hall of the People. Perjanjian-Perjanjian Kerjasama tersebut adalah Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Rakyat China bagi meningkatkan bersama kerjasama dalam Rangka Kerja Silk Road Economic Belt and the 21st Century Maritime Silk Road Initiative dan Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Rakyat China bagi meningkatkan kerjasama di dalam bidang Infrastruktur di antara Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China. Ke muka 5 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bersalaman bersama Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping pada Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman bersama Kerajaan Republik China. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit.

Imbangan Perdagangan catat BND201.7 juta pada bulan Jun 2017 Siaran Akhbar : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

19 Hari Lagi

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 September. - Jumlah Perdagangan meningkat sebanyak 15.4 peratus tahun ke tahun kepada BND983.9 juta; yang terdiri dari eksport (BND592.8 juta) dan import (BND391.1 juta), berbanding sebanyak BND852.8 juta pada bulan Jun 2016. Imbangan Perdagangan meningkat sebanyak 13.2 peratus tahun ke tahun kepada BND201.7 juta dari BND178.2 juta pada bulan Jun 2016. Menurut Siaran Akhbar Jabatan

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), eksport pada bulan Jun 2017 meningkat sebanyak 15.0 peratus tahun ke tahun daripada BND515.5 juta (Jun 2016) kepada BND592.8 juta (Jun 2017). Eksport Bahan Api Galian mencatatkan sumbangan tertinggi sebanyak 92.9 peratus dari jumlah eksport, iaitu daripada Minyak Mentah (BND267.2 juta) dan Gas Cecair Asli (LNG) (BND282.3 juta).

Muka 8

Muka 12

DYTM berkenan menerima mengadap

BICTA merangsang inovasi dan kreativiti ICT

Ke muka 11

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.