''KATAKANLAH : Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir seluruh alam.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-An'am, ayat 162).
''ADAPUN cara menyelamat dan menguatkan akidah itu ialah dengan amal salih. Amal salihlah tuntutan tertinggi untuk dilakukan. Ia adalah semata-mata perkara suci di sisi Allah.'' - Titah Sempena Majlis Menyambut Awal Tahun Hijrah 1439.
5.07
TAHUN 63 / BILANGAN 21
5.17
6.35
17 FEBRUARI 2018 / 1439
6.58
12.35
1
3.54
6.33
7.44
JABATAN PENERANGAN
Majlis Khatam Al-Quran rai peserta Program 1M1J
EDISI SABTU / PERCUMA
Majlis Doa Selamat dan Doa Kesyukuran Istiadat Bersiram Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Marlinawaty Hussin Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Hamzah Mohidin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan merinjis air mawar kepada anaknda Yang Teramat Mulia, iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil pada Majlis Khatam Al-Quran bagi Program Satu Minggu Satu Juzu Bagi Murid-Murid Sekolah Ugama Kawasan Brunei III yang berlangsung di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok. - Foto : Hamzah bin Mohidin (Lihat muka 2).
Bendera simbol identiti sebuah negara merdeka Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
TUTONG, Khamis, 15 Februari. Bendera negara lambang perpaduan, kegigihan, kebersamaan dan kesatuaan kita, lebih penting lagi, ia merupakan lambang ketaatsetiaan dan semangat patriotisme kita kepada raja dan negara yang tercinta. Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar bersabda, bendera negara dapat menarik semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa agama, mahupun latar belakang, untuk turut bersama memeriahkan suasana Sambutan
Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-34 sekali gus bangkit secara aktif menjayakan Wawasan Negara. Bendera negara itu, sabda Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, bukan sekadar sehelai kain, yang mempunyai warna atau motif tertentu, ia adalah simbol identiti sesebuah negara yang merdeka lagi berdaulat. "Dengan hanya melihat bendera negara kita secara automatik, bangsa dan negara asing akan mengenali Negara Brunei Darussalam yang kaya dengan nilai-nilai keBruneian dan falsafah
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
Melayu Islam Beraja melalui warna-warna kuning, putih, merah dan hitam; panji-panji rasmi serta tulisan dan cogan kata yang ada padanya," sabda YAM pada Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera bagi Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Arab / Ugama yang berlangsung di Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Kampung Bukit Beruang. YAM turut menekankan selaku rakyat dan penduduk yang mempunyai ciri-ciri atau calak keBruneian yang unggul, kita semestinya menghormati dan menjaga kedaulatan bendera negara. Ke muka 4
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Februari. - Majlis Doa Selamat serta Doa Kesyukuran Istiadat Bersiram Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman sempena selamat meluaran Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berlangsung di Surau Istana Nurul Iman. Majlis disempurnakan di hadapan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. Istiadat bermula dengan empat orang Awang-awang masuk ke dalam majlis untuk meletakkan Dian Empat yang tersedia terpasang di tempat
yang dikhaskan. Diikuti dengan Surat Dikir, Bantal Geguling dan Parabahan dibawa masuk oleh tiga orang Awang-Awang dan diletakkan di tempat khas. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang yang juga mengetuai Dikir Syarafil Anam, diikuti bacaan Rawi serta Dikir Marhaban. Sejurus perenggan 'Ya Habibi' dibacakan, 19 das tembakan meriam dilepaskan di pekarangan Istana Nurul Iman. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Ke muka 3
Muka 5
Muka 7
SAJIKAN masakan Brunei dengan cara lebih canggih
BENDERA besar berkibar megah di ibu negara
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn