Pelita Brunei - Sabtu 17 Jan 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KEMERDEKAAN kita telah pun jelas di mata dunia. Kita diiktiraf oleh semua negara. Kita mampu menunaikan tanggungjawab antarabangsa. Dan lebih penting lagi ialah kita mempunyai kerajaan yang berkesan dalam erti kata mampu mengendalikan negara, melindungi dan memimpin rakyat serta penduduk ke arah kesejahteraan yang dihasratkan sebagai bangsa yang merdeka.” - Titah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-6 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1990.

TAHUN 60 / BILANGAN 7

“SESUNGGUHNYA orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.” - (Surah Al Israa' ayat 27).

17 JANUARI 2015 / 1436

26

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Menerima mengadap perpisahan Duta Besar Thailand Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 14 Januari. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Apichart Phetcharatna. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Oktober 2011. Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Apichart Phetcharatna yang akan menamatkan perkhidmatannya ke negara ini.

Graduan institusi-institusi pendidikan perlu marketable Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

Muka 3

Muka 20

MERCU tanda kegemilangan perkembangan sekolah Arab

MENERIMA kunjungan rombongan Mahkamah Syariah Singapura

RIMBA, Khamis, 15 Januari. Setiap institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam diharap akan dapat memikirkan kaedah-kaedah yang lebih inovatif dalam menyediakan kursus-kursus mereka seperti melalui kaedah online, separuh masa (part-time mode) atau blended mode. Semua aspek-aspek itu akan diambil kira dalam pengemaskinian kurikulum di Politeknik Brunei dan institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyeru perkara itu pada Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei Kali Pertama Tahun 2015 di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Menurutnya, penubuhan Politeknik Brunei pada tahun 2012 itu adalah satu milestones pendidikan negara yang telah memberikan satu lagi pilihan laluan pendidikan atau education pathway kepada pelajar di negara ini. Yang Berhormat menambah, dengan penaiktarafan Institut Teknologi Brunei (ITB) sebagai sebuah universiti, beberapa kursus peringkat Higher National Diploma dalam jurusan kejuruteraan yang sebelum ini ditawarkan di ITB akan mula diambil alih oleh Politeknik Brunei. Menyentuh dengan pengemaskinian kursus, Yang Berhormat menyarankan supaya Politeknik Brunei berusaha untuk melahirkan graduan-graduan yang inovatif, berkemahiran dan mempunyai potensi pemasaran atau employability yang tinggi.

Oleh itu, Yang Berhormat mengingatkan, kursus-kursus yang ditawarkan oleh Politeknik Brunei perlu ditanda aras dengan piawaian atau benchmarks antarabangsa. Tambahnya, kursus-kursus juga perlu sentiasa diselaraskan dengan keperluan pasaran pekerjaan termasuk dengan industri dan sektor swasta supaya ia sentiasa relevan dengan perkembangan dan tuntutan pasaran kerja yang sentiasa berubah. Justeru itu, Politeknik Brunei dan juga institusi-institusi pendidikan lain di negara ini, tegasnya, hendaklah sentiasa melibatkan stakeholders di negara ini dalam merangka dan meneliti kesesuaian kursuskursus yang ditawarkan serta menggabungkan aspek perantisan (apprenticeship) dalam kursuskursus yang ditawarkan. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 17 Jan 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu