PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''DUDUK paling depan sekali ialah guru-guru ugama, dan inilah tujuan KUPU SB ditubuhkan untuk melahirkan guru-guru ugama yang berkualiti, yang mempunyai kebolehan atau kepakaran dalam mendidik dan mentarbiah anak bangsa.'' - Titah Sempena Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-5, Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.
''SESUNGGUHNYA Allah tidak mengubah (keadaan) apa yang ada pada suatu kaum sehinggalah mereka mengubah (keadaan) apa yang ada pada diri mereka sendiri." - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ar-Raad ayat 11).
TAHUN 60 / BILANGAN 124
17 OKTOBER 2015 / 1437
4
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Anak damit lahir Awal Tahun 1437 Hijrah diraikan
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman menyampaikan sumbangan hadiah kepada para penerima. - Foto : Azmah Haji Ahad (Lihat muka 3).
Awas 'Balung Api' di perairan Brunei BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Oktober. - Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama melalui Jabatan Perikanan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada disengat oleh obor-obor yang dikenali sebagai Balung Api (Box Jellyfish), yang didapati di perairan Brunei semasa musim panas ini. Balung Api mempunyai warna biru pucat dan transparent menjadikannya sukar dilihat di dalam air dan merupakan spesies obor-obor yang berbahaya. Ia mempunyai apungan berbentuk kuib dengan sesungut tiga meter panjang yang menggunakan racun untuk mengejutkan atau membunuh ikan. Racun Balung Api mengandungi toksin yang boleh mengganggu sistem saraf dan menyebabkan kegagalan jantung dalam beberapa minit.
Walaupun dengan jumlah yang sikit boleh membawa maut kepada manusia. Sengatannya boleh melumpuhkan dan menyebabkan kesukaran untuk berenang kembali ke darat. Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika berenang atau menyelam di pantai; elakkan berenang semasa matahari terbenam; memastikan persekitaran perairan selamat untuk direnangi; elakkan daripada memegang atau menyentuh Balung Api walaupun ia kelihatan kering atau mati, dan segera mendapatkan nasihat perubatan jika mendapati seseorang disengat oleh obor-obor berkenaan. Orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Perikanan melalui talian 7297771 jika terlihat Balung Api di perairan Brunei.
Muka 5
BERSAMA menjaga kebersihan dan kesucian rumah Allah
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Penolong Pengarah dinaikkan pangkat BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Oktober. Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Penolong Pengarah Saliran dan Pembentungan, Jabatan Saliran dan Pembentungan di Jabatan Kerja Raya, Awang Kok Yuh Huh dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Perkhidmatan Bangunan di Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan mulai 11 Mac 2015.
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn