PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''KITA dan generasi masa kini adalah perlu melihat dengan kacamata kesedaran, bahawa ugama itu adalah tonggak segala kebaikan. Ia tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain-lain. Ugama tidak boleh lemah, atau kita letak ia di bawah. Jika ia lemah atau letaknya di bawah, itulah punca, umat atau bangsa akan menjadi lemah dan bahkan binasa.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Bagi Tahun 1436H / 2015M.
''DAN bersegeralah kamu mengerjakan amalan kebajikan untuk membawa kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu dan ke syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran, ayat 133).
TAHUN 60 / BILANGAN 85
18 JULAI 2015 / 1436
1
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Berhati-hati terhadap anasir, pengaruh tidak sihat Oleh : Mohammad Rainie Haji Durani, Abdullah Asgar BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengingatkan rakyat dan penduduk di negara ini supaya lebih berhati-hati terhadap segala anasir dan pengaruh yang tidak sihat dari manapun datangnya mereka. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei. Baginda bertitah, awas! Jika pintu orang lain boleh dimasuki, mengapa kita tidak? ''Kerana itu janganlah leka dan mudah terpedaya, tetapi bentengilah diri dengan semangat kebruneian yang tulen serta sikap orang-orang Brunei yang kuat berugama, tanpa perlu kita terikut-ikut atau terpesona dengan sebarang propaganda,'' titah baginda. Yang penting di sini, titah baginda, ialah Brunei itu sudah cukup bagus di mata semua orang, sehingga tidak berbangkit lagi perkara yang dipertikaikan. Ke muka 24 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika mengurniakan Titah Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Istana Nurul Iman. - Foto : Hamzah Mohiddin.
Brunei sunyi dari krisis Istana Nurul Iman Oleh : Mohammad Rainie Haji Durani, Abdullah Asgar BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Julai. - Negara Brunei Darussalam Alhamdulillah adalah sunyi dari sebarang krisis dan apa pun jua bentuk krisis, selain negara juga tidak pernah mengalami gangguan seperti yang lumrah dialami oleh orang lain. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah, dalam bidang sosioekonomi saja negara adalah selamanya harmoni dan stabil berkat pengurusan yang berhemah lagi adil. Kebawah DYMM bertitah menekankan situasi itu perlu kekal, untuk sebuah Negara Brunei Darussalam yang sejahtera lagi bahagia. ''Adalah tidak mudah untuk mencapai tahap bahagia itu. Walau saiz besar dan penduduk ramai, jika negeri dibelenggu oleh krisis, maka itu tandanya tidak bahagia. Atau negeri kaya dan makmur, tetapi masih asyik bertelagah, maka itu juga tandanya belum harmoni,'' titah baginda. Inilah yang mahu negara elakkan
untuk Negara Brunei Darussalam, titah baginda, tidak mengapa saiz negara kecil, tetapi bersih dari sebarang krisis dan huru-hara. Dalam titah baginda, inilah idaman semua orang dan inilah yang sebenar-benarnya nikmat itu. Banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran, setengahnya itu berupa kejadian-kejadian tertentu di luar negara seperti bencana-bencana alam, kemalangan dan peperangan, dari kejadian-kejadian itu sampai mendatangkan korban yang besar. ''Terutama musibah peperangan dan pergaduhan, ia adalah dilihat semakin parah dan berlarutan. Dan lebih terkutuk lagi, korban bukan sahaja terdiri dari pihak-pihak yang bertelagah, malahan juga orang awam yang tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan orang tua,'' titah baginda.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
dibuka bagi Majlis Junjung Ziarah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Julai. - Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yan Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Grand Chamberlain mengumumkan bahawa sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah, Istana Nurul Iman akan dibuka selama tiga hari, mula dari Hari Raya Kedua dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dan dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang, bagi membolehkan orang ramai mengadap dan menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerabat Diraja.
Ke muka 24 Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn