Pelita Brunei - Sabtu 18 Jun 2016

Page 1

''DENGAN menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, umat Islam akan mampu mencapai kejayaan sebagaimana pada zaman keemasannya dahulu. Tetapi sekarang, umat Islam tertinggal di belakang kerana mereka tidak atau kurang mengambil inspirasi dari Al-Quran. Al-Quran cuma dibaca, tidak dijadikan panduan. Sepatutnya, di samping kita membaca, isinya juga hendaklah dijadikan dasar dan asas panduan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.

''SESUNGGUHNYA dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasuki pintu itu nanti, dan tiada seorang pun yang boleh memasukinya selain (orang yang berpuasa sahaja). Maka apabila mereka semuanya masuk lalu pintu itu pun tertutup.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).

4.34

TAHUN 61 / BILANGAN 73

4.44

6.09

18 JUN 2016 / 1437

6.33

12

12.22

3.49

6.34

7.49

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

JPM bertadarus di Masjid Kampung Pintu Malim

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim (tiga, kiri) semasa memimpin Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan Tadarus di Masjid Pintu Malim Mukim Kota Batu.

Oleh : Aimi Sani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

Pertukaran, kenaikan pangkat pegawai kanan Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Jun. - Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Pengarah di Jabatan Kehakiman Negara, JPM, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang ditukar dan dilantik sebagai Pengarah di Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama mulai 27 Januari 2016 dan Pegawai Pentadbir Kanan di Jabatan Perkhidmatan Awam, JPM, Dayang Rosnani binti Awang Ismail ditukar dan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Kesihatan mulai 16 April 2016.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Jun. - Bulan Ramadan adalah bulan penuh berkat yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam terutamanya kepada mereka yang mengharapkan ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala kerana di dalamnya mengandungi beribu kebaikan. Dalam bulan ini juga Allah Subhanahu Wata'ala telah menurunkan satu mukjizat agung kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu Al-Quran. Pada bulan Ramadan juga, pahala amal kebaikan akan dilipat gandakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala yang mana amalan Tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta merupakan

salah satu sunnah Baginda dalam bulan Ramadan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus menyemarakkan bulan Ramadan dengan Majlis Bertadarus di Masjid Kampung Pintu Malim, di sini. Majlis berkenaan merupakan aktiviti berterusan JPM yang telah disusun bagi masjid-masjid di Daerah Brunei dan Muara sepanjang bulan Ramadan ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya pembacaan Al-Quran bermula dari Juz 1 hingga Juz 15. Terdahulu, Yang Berhormat juga

Premis perniagaan sentiasa dipantau Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Azmah Haji Ahad

Muka 3

Muka 6

DUA keluarga mangsa kebakaran terima sumbangan YSHHB

PROGRAM Kembara Ramadan KKBS Daerah Tutong

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

menyampaikan sumbangan wakaf berupa dua buah kipas angin, sistem PA, tempat memandikan jenazah dan kerusi bankuet kepada Imam masjid berkenaan. Majlis Bertadarus berkenaan telah dikendalikan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Audit dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Acara kemudiannya diselajurkan dengan Majlis Bertahlil, Doa Arwah dan Doa Selamat dan seterusnya disudahi dengan Berbuka Puasa dan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah. Juga hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Jun. - Dalam memastikan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Kawalan Harga Penggal 142 dipatuhi dan dilaksanakan, Bahagian Penguatkuasaan Kawalan Harga, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) mengadakan lawatan mengejut ke beberapa premis perniagaan di Daerah Brunei dan Muara. Lawatan mengejut tersebut diketuai oleh Pemangku Ketua Pengarah Perancangan dan Kemajuan Ekonomi,

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Awang Haji Abdul Amin bin Haji Hashim yang memulakan lawatan di sebuah pasar raya di kawasan Tanjung Bunut. Dalam temu bual bersama Pelita Brunei, Awang Haji Abdul Amin menjelaskan, hasil daripada lawatan tersebut pihak JPKE mendapati peniaga-peniaga mematuhi peraturan ataupun syarat-syarat yang telah dikenakan terhadap barang-barang ataupun barangan makanan terpilih yang ditetapkan harga maksimumnya bagi kegunaan musim perayaan

Faksimile: 2381004

semasa bulan puasa dan juga semasa Hari Raya. Menurutnya, pihak JPKE berpuas hati terhadap apa yang telah dilakukan oleh pihak-pihak peniaga, di sini. Penetapan harga maksimum sempena musim perayaan ini jelasnya, bertujuan untuk mengawal harga barang-barang makanan terpilih yang merupakan bahan-bahan asas bagi penyediaan makanan sempena bulan Ramadan dan Hari Raya. Tambahnya, ia diharap akan dapat membantu rakyat di negara ini dalam menampung perbelanjaan harian mereka sempena musim perayaan. Ke muka 2

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.