PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“ALHAMDULILLAH, dasar pendidikan yang kita laksanakan selama ini, khasnya selepas kemerdekaan, adalah semakin mantap. Dasar berkenaan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang diperlukan, malahan juga berjaya menyatupadukan rakyat dan penduduk dalam satu kesatuan yang kukuh berpaksikan Melayu Islam Beraja.” - Titah Sempena Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal Di Negara Brunei Darussalam pada 9 Oktober 2014 Masihi bersamaan 14 Zulhijah 1435 Hijriah.
“SESUNGGUHNYA bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah 12 bulan (qamariah) dalam kitab (ketetapan) Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Yang demikian itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya).” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah At Taubah ayat 36).
TAHUN 59 / BILANGAN 129
18 OKTOBER 2014 / 1435
23
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Kutuk keganasan, tolak ekstremisme dan radikalisme Laporan : Ali Termizzi Haji Ramlli / Haji Ramli Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah dari Milan, Itali MILAN, ITALI, Khamis, 16 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pengganasan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan perkara itu semasa bertitah pada Sesi Tertutup Kedua bersama Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Asia dan Eropah yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama Milano Congressi (Mi.Co.), di sini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam mengutuk keganasan dalam semua bentuk dan sama sekali menolak ekstremisme dan radikalisme. Tambahan, Negara Brunei Darussalam menyokong Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (2170) dan (2178) baru-baru ini untuk membendung aktiviti kumpulan-kumpulan pengganas. Pada masa yang sama, Negara Brunei Darussalam juga berpendapat bahawa punca keganasan dan ekstremisme perlu ditangani secara menyeluruh. Titah Kebawah DYMM lagi bahawa mengenai cadangan Malaysia untuk menganjurkan Simposium Menangani Radikalisme akan dapat membantu memberikan peluang untuk mengetahui pelbagai aspek untuk memerangi keganasan. Ke arah itu, baginda berharap untuk melihat perkongsian maklumat dan peningkatan kapasiti yang lebih banyak di antara agensi-agensi penguatkuasaan serantau dan antarabangsa. Pada masa yang sama juga, baginda menggalakkan bagi dialog antara agama diadakan ke arah meningkatkan toleransi dan persefahaman serta untuk menangkis pandangan dan aktiviti-aktiviti ekstremis.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) Ke-10, berlangsung di Dewan Persidangan Utama Milano Congressi (Mi.Co.), Milan, Itali. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 3, 12 dan 13 ).
Pupuk hubungan ‘People-To-People’ MILAN, ITALI, Khamis, 16 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa dalam ASEM menuju ke arah Agenda Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pasca - 2015 dan juga mempertimbangkan satu perjanjian iklim baru tahun depan, sumbangan ASEM sedemikian adalah berharga untuk mendapatkan sokongan terhadap isu-isu tertentu. “Di sinilah perkongsian dalam ASEM amat dihargai dalam mempromosikan pemindahan teknologi karbon rendah kepada negara-negara membangun untuk membolehkan ianya lebih mudah diakses oleh semua pihak,” titah baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa bertitah pada Sesi Tertutup Kedua bersama Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Asia dan Eropah yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama Milano Congressi (Mi.Co.), di sini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah melahirkan pendapat bahawa memupuk hubungan di antara rakyat (people-to-people)
adalah elemen penting dalam meningkatkan relevansi ASEM kepada masyarakatnya. Program pertukaran seperti European Union - EU Horizon 2020 menawarkan peluang-peluang praktikal dalam pembinaan kapasiti dan pemindahan teknologi yang berharga kepada pelajar-pelajar, kumpulankumpulan ahli fikir dan penyelidik-penyelidik di Asia. Interaksi sedemikian memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyumbangkan kepada perbincangan mengenai cabaran-cabaran di antara rantau dan global yang dihadapi sekarang. Dalam hal ini, Kebawah DYMM amat mengalu-alukan pelajar-pelajar Asia dan Eropah atau ASEM ke Negara Brunei Darussalam pada bulan Mei tahun depan untuk menyertai bengkel yang bertujuan untuk menggalakkan keusahawanan. Di akhir titah, baginda melahirkan harapan supaya ASEM akan terus mengukuhkan manfaat yang didapati daripada kepelbagaian ahli-ahli ASEM, serta memberi tumpuan kepada sinergi dan kepentingan bersama yang mana akan membantu meningkatkan kerja-kerja ASEM ke tahap yang lebih tinggi dalam satu dekad yang akan datang.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Muka 5
TIMBALAN Sultan menerima mengadap
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn