Pelita Brunei - Sabtu 19 Mac 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''ALHAMDULILLAH, kita di negara ini masih terpelihara dari tekanan inflasi tersebut, berkat adanya dasar dan usaha kerajaan untuk terus membantu rakyat dan penduduk melalui subsidi-subsidi dalam beberapa keperluan asasi. Kita hanyalah dikehendaki bersyukur dan mengelakkan sebarang pembaziran serta penyalahgunaan ke atas subsidisubsidi yang dihulurkan itu.'' - Titah Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Ke-7 Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

''(IAITU) orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak juga oleh jual beli daripada mengingat Allah, dan daripada mendirikan sembahyang serta membayar zakat, mereka takutkan Hari (Kiamat) yang padanya hati dan pandangan berbolak-balik (disebabkan huru-hara Hari Kiamat itu).'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah an-Nur, ayat 37).

TAHUN 61 / BILANGAN 34

19 MAC 2016 / 1437

10

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Tiga perbelanjaan strategik diutamakan Laporan : Noriah Haji Abdul Hamid Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Mohd. Sahrizal Haji Said

YANG Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib mempengerusikan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-12 MMN di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas.

Pengkorporatan keutamaan ketiga Kem. Perhubungan Laporan : Aimi Sani Foto : Hamzah Mohiddin, Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 Mac. - Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat berkata, mencapai keberkesanan dan cost effectiveness dalam pengurusan khususnya dalam rangka PPP atau pengkorporatan adalah merupakan keutamaan ketiga kementeriannya. Semasa membentangkan mukadimah pada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang memasuki hari ke-10, Yang Berhormat menjelaskan bahawa perkara ini

berhubung kait dengan kapasiti jabatan dalam pemberian perkhidmatan di mana permintaan orang ramai semakin bertambah. Dua aktiviti khusus yang menjadi sasaran, terang Yang Berhormat, ialah Penswastaan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan atau 'Outsourcing of Vehicle Inspection Services' dan Pengkorporatan Pengurusan Pelabuhan di Muara. ''Penswastaan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan dihasratkan untuk mengongsikan tanggungjawab dalam memastikan roadworthiness

Muka 4

Muka 5

HADIRI AMRI dan Mesyuarat Berkaitan, Republik Filipina

PEMERINTAH ABDB hadiri ACDFIM Ke-13

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 Mac. - Kementerian Kesihatan akan memberikan keutamaan perbelanjaan untuk tempoh 5 tahun mendatang kepada tiga keutamaan strategik dalam sama-sama menuju ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035 dan melalui visi 'Bersama Ke Arah Warga Sihat'. Keutamaan-keutamaan tersebut ialah menerapkan bahawa kesihatan adalah tanggungjawab semua (health is everyone's business); mencegah dan mengawal penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCDs); dan memberi perkhidmatan cemerlang melalui penyepaduan (consolidation) dan pensejajaran (realignment) perkhidmatan-perkhidmatan penjagaan kesihatan demi memberikan nilai tambah kepada para pelanggan ataupun orang awam dan mengurangkan serta menghentikan pembaziran (wastages). Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi menjelaskan perkara itu semasa memberikan ucapan mukadimah pada hari ke-10 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-12 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis di sini. Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain seterusnya menjelaskan ketiga-tiga keutamaan strategik itu akan diintegrasikan ke dalam kelima-lima program bajet yang dipohonkan. ''InsyaaAllah, dengan sokongan padu dari semua pihak, sistem kesihatan negara akan berdaya tahan, dilengkapi dengan nilai-nilai murni yang sentiasa mengutamakan masyarakat, yang sakit mahupun yang sihat, agar kesihatan akan dapat menyumbang kepada iklim perekonomian yang positif ke arah pembangunan negara yang mapan,'' ujar Yang Berhormat. Ke muka 9

Menyediakan sistem pengangkutan teratur, selamat Laporan : Aimi Sani

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat.

setiap kenderaan kepada bengkel-bengkel dalam Kelas A dengan mengambil kesempatan dari excess capacity yang terdapat di bengkel-bengkel tersebut. ''The value change atau faedah dari pendekatan ini ialah pemeriksaan kenderaan yang rapi dan berkualiti, penjimatan susbsidi kerajaan terutama dari perbelanjaan pemeliharaan dan meringankan beban pemeriksaan kenderaan yang juga semakin bertambah,'' ujar Yang Berhormat.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 Mac. - Keutamaan kedua Kementerian Perhubungan ialah mengukuhkan regulatory framework dengan mengemaskinikan undang-undang dan peraturan dalam perhubungan dengan tujuan untuk melahirkan sistem pengangkutan awam yang teratur, berdisiplin dan selamat. Semasa membentangkan mukadimah pada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang memasuki hari ke-10, Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat menjelaskan bahawa dalam konteks ini, Kementerian Perhubungan telah mengambil langkah-langkah dengan mengemaskinikan perundangan atau Akta Penerbangan Awam bagi menepati kehendak piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (atau International Civil Aviation Organisation). Menurut Yang Berhormat, pengemaskinian Akta Penerbangan Awam ini juga bertujuan untuk menggariskan dengan jelas perbezaan peranan yang diambil oleh Jabatan Penerbangan Awam sebagai pengawal selia atau regulator, Pengurusan Lalu Lintas Udara atau Air Traffic Management dan sebagai Airport Operator serta membentuk satu Badan Penyiasatan yang autonomi atau berkecuali.

Ke muka 9

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Faksimile: 2381004

Ke muka 9

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.