Pelita Brunei - Sabtu 19 OGOS 2017

Page 1

''LAGI sangat perlu diperhatikan bahawa dalam pendidikan itu terdapat dua unsur, Ugama dan Umum. Orang-orang sering lupa dan malah terlajak mengutamakan yang Umum sahaja, sehingga tertinggal atau tercicirlah Ugama. Dalam hubungan ini, Brunei sendiri turut mengalami sindrom 'lupa' itu dengan membiarkan dirinya tidak mempunyai sistem persekolahan 'Wajib Ugama' selama kira-kira 50 tahun, suatu keterlanjuran yang amat dikesalkan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Ke-22.

''WAHAI orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya : Manusia dan batu berhala : Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya : Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Tahrim, ayat 6).

4.47

TAHUN 62 / BILANGAN 99

4.57

6.16

19 OGOS 2017 / 1438

6.39

12.25

26

3.39

6.32

7.43

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Perutusan tahniah kepada Presiden Republik Indonesia

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo serta kerajaan dan rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Hari Kemerdekaannya Ke-72 Tahun.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo serta kerajaan dan rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Hari Kemerdekaannya Ke-72 Tahun. Di dalam titah perutusan kepada TYT Dato Laila Utama Joko Widodo itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berpuas hati dengan jalinan persahabatan dan perkembangan hubungan kerjasama yang erat dan mesra di peringkat dua hala serta

serantau dan antarabangsa. Sebagai negara jiran yang terdekat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia percaya Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia akan terus bekerjasama rapat dalam usaha-usaha untuk mengembangmajukan hubungan ini demi kepentingan kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing. Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan TYT, Datin Ibu Hajah Iriana dan keluarga kesihatan dan kebahagiaan yang berterusan dan rakyat Republik Indonesia diberikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim, Ketua Kampung dinilai semula Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 Ogos. - Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam yang baharu telah pun dikuatkuasakan pada

47 Hari Lagi

1 April 2015. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyatakan perkara tersebut semasa berucap pada Sesi Muzakarah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan PenghuluPenghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara (DBM) bagi Zon 2, Zon 4 dan Zon 5 yang berlangsung di Jabatan DBM, Berakas, di sini. Skim berkenaan katanya, telah pun dinilai semula dan penilaian ini menempuh peringkat akhir di mana penelitian terperinci perlulah dibuat oleh lembaga yang berkenaan bagi memudahkan penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung berpindah atau diselaraskan dengan skim baharu tersebut. Dalam hubungan ini, menurut Yang Berhormat, agar perlu sama-sama berusaha untuk

E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn

mengenal pasti sebab-sebab belum mendapat calon-calon yang bersesuaian. Tambahnya, kita memerlukan maklum balas dan pandangan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung mengenai dengan tata cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah seumpama ini. ''Di peringkat kementerian, sebagai usaha jangka sederhana bagi menangani isu kekosongan ini, kementerian dengan kerjasama Institute for Leadership, Innovation and Advancement (ILIA), Universiti Brunei Darussalam telah mengadakan Bengkel Asas Kepimpinan Masyarakat atau dikenali sebagai bengkel talent pool selama tiga hari bermula pada 22 Mei 2017 hingga 24 Mei 2017. Pada peringkat permulaan, seramai 33 orang dari kalangan Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung seluruh negara yang terpilih telahpun mengikuti bengkel talent pool tersebut,'' ujar Yang Berhormat.

Muka 4

Muka 13

SKUAD bola jaring mara ke separuh akhir

PSB sedia pelbagai aktiviti bagi rombongan lawatan

Ke muka 10

Hotline : 2382891 / 2383400 Smb. : 217

Faksimile : 2381004

Layari Laman Web : www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.