PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''MENGENAI kesihatan, kerajaan beta juga tidaklah ketinggalan pada memberikan perhatian dan penekanan kepada Program Promosi Kesihatan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai peri mustahaknya mengamalkan cara hidup yang sihat sebagai usaha meningkatkan kualiti kehidupan di negara ini.'' - Titah Sempena Perayaan Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-51 pada 15 Julai 1997.
''DAN (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu (dengan sejelas-jelasnya) : ''Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur (terhadap segala nikmat-Ku) tentu Aku akan menambah nikmat itu kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur (terhadap nikmat itu) maka sesungguhnya azab-Ku sangat keras.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim, ayat 7).
TAHUN 61 / BILANGAN 22
20 FEBRUARI 2016 / 1437
11
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Tangani ekstremis melampau secara komprehensif
Laporan dan Foto : Samle Haji Jait dari California, Amerika Syarikat
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan menyertai sesi bergambar ramai bersama para pemimpin Amerika Syarikat dan ASEAN pada Retreat 2 bagi Sidang Kemuncak Khas Pemimpin-Pemimpin Amerika Syarikat - ASEAN (Lihat muka 3 dan 4).
CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT, Selasa, 16 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan kepentingan menangani keganasan dan
3 Hari lagi
ekstremis yang melampau secara komprehensif melalui pendidikan dan pertukaran people-to-people. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengurniakan titah berkenaan semasa berangkat menghadiri Retreat 2 bagi Sidang Kemuncak Khas Pemimpin-Pemimpin Amerika Syarikat-ASEAN (AS - ASEAN) yang diadakan di Living Room, Sunnylands Historic Home, Sunnylands Center and Gardens. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah dengan menekankan tentang kepentingan mengatasi ancaman yang berpunca daripada keganasan dan ekstremis yang melampau dengan cara yang komprehensif bagi menangani kelemahan sosial melalui pendidikan, sikap toleransi, moderasi dan kefahaman. Dalam hal ini, baginda turut menyokong bagi dialog antara agama dan moderasi untuk dipromosikan, seperti di bawah United Nations Alliance of Civilisations dan the Global Movement of Moderates.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Ke muka 3
Kebawah DYMM berkenan hantar perutusan takziah Muka 5 ABDB sembahkan Sambutan Hari Puja Usia
Muka 8
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan berikutan dengan letupan bom di Ankara baru-baru ini. Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, baginda berasa amat sedih mendengar berita tentang letupan bom tersebut. Baginda mengulangi bahawa Negara Brunei Darussalam berdiri teguh dengan Turki dalam mengutuk tindakan pengganasan tersebut. Dalam mengakhiri titah perutusan berkenaan, baginda menzahirkan ucapan takziah yang amat mendalam kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan dan rakyat Turki terutamanya kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Terima Ganjaran Kemenangan SPKS
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn