Pelita Brunei - Sabtu 20 Sept 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“SEBELUM membawa atau melahirkan sebarang perubahan, kaum belia dikehendaki untuk memiliki jati diri yang jelas, kukuh dan mantap. Ia juga mustahak untuk diisi dengan nilai-nilai ugama dan budaya yang luhur, supaya kelak perubahan itu tidak dibayangi oleh elemen-elemen yang tidak diingini.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-9 Tahun 2014, pada hari Rabu, 8 Zulkaedah 1435 Hijriah bersamaan 3 September 2014 Masihi.

“BACALAH wahai Nabi Muhammad dengan menyebut nama Tuhan-Mu yang menciptakan sekalian makhluk. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah beku. Bacalah, dan Tuhan-Mu Maha Pemurah. Yang mangajar manusia menulis dengan kalam (pena). Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui-Nya.” - (Surah Al-'Alaq ayat 1-5).

TAHUN 59 / BILANGAN 117

20 SEPTEMBER 2014 / 1435

25

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Berkenan menerima mengadap Presiden Kumpulan IDB Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Presiden Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IDB), Tuan Yang Terutama Dr. Ahmad Mohamed Ali di Istana Nurul Iman. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas.

Jadikan profesion perbankan dekat di hati Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman JERUDONG, Jumaat, 19 September. Dengan perubahan semakin meningkat dan permintaan pasaran semasa, terdapat keperluan bagi Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Takaful Brunei untuk terus melangkah ke hadapan mencipta produk yang lebih inovatif dan kreatif.

Ke arah itu, BIBD dan Takaful Brunei memerlukan tenaga kerja yang dinamik, berkemahiran tinggi, berilmu dan berdedikasi. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong

Muka 3

Muka 23

DPMM menerima mengadap perwakilan Brunei dan perwakilan asing

HOME United FC bawa pulang mata penuh

menekankan perkara tersebut pada Majlis Pengijazahan Program Penyampaian Sijil Risiko Kredit Korporat dan Perancangan Kewangan Islam yang berlangsung di Dewan Royal Berkshire, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong. Yang Berhormat seterusnya mengimbas kembali titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Nurul Iman mengenai keperluan untuk membangunkan tenaga kerja yang berpendidikan dan berkemahiran serta boleh dipasarkan. Dalam dunia global penuh dengan perubahan pesat dan kemajuan teknologi, ujar Yang Berhormat, institusi perbankan dan insuransinsurans terus menghadapi banyak cabaran yang membawa unsur-unsur turun naik, ketidaktentuan, kerumitan dan kekaburan di mana dalam ketenteraan ia dikenali sebagai VUCA. Ke muka 4

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Presiden Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IDB), Tuan Yang Terutama Dr. Ahmad Mohamed Ali. Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman. Tuan Yang Terutama Dr. Ahmad Mohamed Ali sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi pelancaran 'IDB Group Day and Regional Lecture Series on Islamic Economics, Finance and Banking' yang telah diadakan di The Empire Hotel and Country Club. Pada tahun ini, Kumpulan IDB meraikan ulang tahun yang ke-40 tahun sejak penubuhannya. Mengiringi TYT Dr. Ahmad Mohamed Ali dalam Majlis Mengadap tersebut ialah Ketua Pengarah 'Islamic Research and Training Institute' (IRTI), Profesor Azmi Omar dan Pemangku Pengarah Pejabat Wilayah IDB Kuala Lumpur, Malaysia, Kunrat Wirasubrata. Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

DYTM berangkat ke Mesyuarat OCA EB Ke-65

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Asia (OCA EB) Ke-65, Incheon, Republik Korea. - Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 24).

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.