PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“HENDAKNYALAH mereka sentiasa bersikap positif, cekap dan penuh dedikasi di dalam melakukan tugas mereka serta bebas daripada segala rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan sentiasa bersikap jujur dan amanah semata-mata kerana Allah jua.” - Titah Sempena Kedatangan Tahun Baru Masihi 1988.
“ALLAH tidak membebani seseorang (dengan kewajipan) melainkan apa yang terdaya olehnya.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah, ayat 286).
TAHUN 60 / BILANGAN 22
21 FEBRUARI 2015 / 1436
2
JABATAN PENERANGAN
Majlis Santap Petang sempena Hari Puja Usia
EDISI SABTU / PERCUMA
Pelan induk tangani kesesakan jalan raya Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Nur Faizzah Nawang
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Inspektor Jeneral Polis dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-41 Tahun yang disembahkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB). - Foto : Masri Osman (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 3).
Hari Kebangsaan Ke-31 kian bergema Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Februari. Hanya tinggal dua hari berlangsungnya detik bersejarah yang dinantikan oleh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, iaitu Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-31 Tahun 2015 ini yang lazimnya disambut pada setiap 23 Februari setelah negara ini meraih kemerdekaan penuh pada tahun 1984. Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan akan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara, di mana pernah menjadi saksi laungan ‘Allahu Akbar’ sebanyak tiga kali semasa mencapai kemerdekaan dan kedaulatannya pada 1 Januari 1984 yang kemudiannya disambut pada tarikh keramat itu setiap tahun.
Tema Hari Kebangsaan Ke-31 ‘Generasi Berwawasan’ yang mana Generasi bermaksud pewaris bangsa, selaku peneraju kepada kemajuan negara bagi mencapai Wawasan Negara 2035, manakala wawasan pula ditakrifkan sebagai suatu matlamat untuk mencapai hasrat negara. Generasi Berwawasan didefinisikan sebagai golongan muda serta belia masa kini yang akan menerajui negara pada masa akan datang, selain melahirkan pemimpin yang berwibawa dan cemerlang. Sementara itu, Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin serta Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 akan diadakan pada petang 22 Februari 2015 di seluruh masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara dengan tumpuan utama di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Februari. - Kertas Putih Pengangkutan Darat merupakan dokumen yang mengandungi peta jalan pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Darat (LTMP) bertujuan secara keseluruhan untuk menangani isu kesesakan jalan raya di Negara Brunei Darussalam menjelang 2035. Di samping itu, pelaksanaan pelan induk itu sebagai sektor yang melibatkan seluruh warganegara akan berupaya menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan, peningkatan kecekapan atau efisiensi dalam pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan di dalam negeri dan serantau. Selain itu, ia juga akan berupaya mencapai kedayatahanan sosial dengan penekanan khusus kepada menurunkan kadar kecederaan dan kematian jalan raya. Perkara itu antara yang dibentangkan pada forum khas mengenai Pelan Induk Pengangkutan Darat bersama Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Mahabah, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar, di sini. Forum dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof. Juga hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos dan wakil dari Kementerian Pembangunan serta wakil-wakil pihak berkepentingan yang berkenaan. Terdahulu, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyentuh mengenai forum berkenaan adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Perhubungan untuk membarigakan dan mensosialisasikan pelan induk kepada orang ramai melalui pelancaran Kertas Putih pada bulan Disember 2014 yang lalu. Melalui Kertas Putih itu, katanya, Kementerian Perhubungan berhasrat untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai mengenai cadangan-cadangan yang terkandung di dalam pelan induk tersebut bagi memperlicinkan lagi pelaksanaannya. Ke muka 4
2
HARI LAGI
Muka 4 AMBD adakan Doa Kesyukuran Puja Usia
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn