PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KERANA di samping ingin melihat pemberian perkhidmatan kepada orang ramai di negara ini supaya dilakukan dengan cekap dan berkesan serta penuh dengan sifat-sifat pemedulian dan bersopan santun oleh kakitangan kerajaan di dalam pentadbiran akan digunakan dengan optima, manakala matlamat asal peruntukan itu dapat dicapai dengan jayanya dan seterusnya mencegah amalan-amalan yang kurang berjimat cermat.” - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-44 pada 15 Julai 1990.
“NABI Yusuf berkata: Hendaklah kamu bercucuk tanam seperti biasa selama tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya (supaya ia tidak cepat rosak) kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian akan datang sesudah itu tujuh tahun musim kemarau yang dahsyat yang akan menghabiskan bekalan untuk makanan yang kamu sediakan untuk menghadapinya kecuali sedikit daripada apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).” - (Surah Yusuf ayat 47-48).
TAHUN 60 / BILANGAN 34
21 MAC 2015 / 1436
30
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Berangkat ke Republik Singapura, Negeri Johor Darul Ta'zim Kebawah DYMM utus takziah BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Thein Sein berikutan dengan kemalangan feri yang berlaku di wilayah Rakhine, Myanmar baru-baru ini. Di dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu, baginda dukacita mengetahui tentang kehilangan jiwa disebabkan kemalangan tersebut dan seterusnya menyampaikan ucapan takziah yang amat mendalam kepada Tuan Yang Terutama serta kerajaan dan rakyat Myanmar dalam masa yang sedih dan kehilangan peribadi ini, terutamanya kepada mereka yang terjejas oleh kemalangan tersebut.
Muka 5 Terapkan perancangan kewangan dalam kehidupan
Muka 8 BLNG sumbang bantuan
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Republik Singapura bagi Lawatan Kerja dan seterusnya ke Negeri Johor Darul Ta’zim, Malaysia bagi menghadiri Majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Kelima. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lihat muka 3).
Kementerian Perhubungan laksana enam strategi teras Laporan : Mohammad Rainie Haji Durani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan peruntukan sebanyak BND75,325,600 kepada Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2015 / 2016. Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato
Paduka Haji Bakar menjelaskan peruntukan yang diluluskan tersebut ia akan digunakan bagi melaksanakan projek-projek strategik berpandukan kepada enam strategi teras Kementerian Perhubungan. Enam strategik teras tersebut ialah pengkorporatan dan penswastaan; memudah cara dan menggalakkan penyertaan sektor swasta; pembangunan infrastruktur; peningkatan operasi; pembangunan sumber manusia; dan Safety Security and Clean Environment (HSE). Yang Berhormat menyatakan
perkara tersebut semasa menghuraikan mukadimah berkenaan Anggaran Belanjawan bagi Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya pada Majlis Permesyuaratan Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang bersidang pada hari kesebelas di Bangunan MMN, di sini. Di samping itu, Yang Berhormat Menteri Perhubungan juga telah menggariskan beberapa perkembangan dan usaha yang sedang dijalankan di bawah enam strategik tersebut. Antaranya di bawah teras pengkorporatan dan penswastaan, adalah penubuhan Autoriti Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (AMPBD) dan penyediaan rangka kerja dan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
modality bagi pengkorporatan pos dan juga mengkomersialkan pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa (LTRB). Sementara di bawah teras memudah cara dan menggalakkan penyertaan sektor swasta ia melibatkan penubuhan Syarikat Progress Cellullar Sendirian Berhad (PCSB), iaitu sebuah syarikat milik penuh Darussalam Asset Sendirian Berhad, yang telah mengambil alih operasi Syarikat B.Mobile Communication bermula 1 Julai 2014. Selain itu, penyelarasan kadar baharu DST Sendirian Berhad dan PCSB di mana atas inisiatif AITI pada 25 Februari 2015 lalu, kedua-dua syarikat telah bersetuju untuk meniadakan caj panggilan masuk bagi setiap panggilan dan pelan baharu perkhidmatan jalur lebar Telekom
Brunei Berhad, dengan kadar sewa 40 peratus lebih murah bermula 1 Mac 2015. Ke muka 24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn