Pelita Brunei - Sabtu 21 Mei 2016

Page 1

''DI dalam bidang-bidang ugama dan undang-undang pula diperlukan juga pandangan dan buah fikiran bagaimana cara, umpamanya untuk memperkemas serta melicinkan lagi pelaksanaannya. Begitu juga di bidang sosial, bagaimanakah cara yang berkesan untuk mengatasi dan mengubati penyakit jenayah dan lain-lain penyakit moral.'' - Titah Sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Majlis Mesyuarat Negara.

''DAN mengapa kamu tidak membelanjakan harta kamu pada jalan Allah, padahal Allah jualah yang memiliki segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah al-Hadid, ayat 10).

4.33

TAHUN 61 / BILANGAN 61

4.43

6.06

21 MEI 2016 / 1437

6.30

14

12.18

3.41

6.28

7.42

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Bekerjasama tangani isu serantau, global Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah dari Sochi, Persekutuan Rusia

SOCHI, PERSEKUTUAN RUSIA, Jumaat, 20 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Sesi Plenari Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia Ke-20 yang berlangsung di Radisson Blu Resort and Congress Centre, Sochi. Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia Ke-20 dimulakan dengan Ucapan Pembukaan daripada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin bagi mengalu-alukan kehadiran ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN ke Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia Ke-20 ini diikuti dengan Ucapan Pembukaan daripada Perdana Menteri Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Thonglun Sisoulith, selaku Pengerusi ASEAN. Pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia Ke-20 ini, baginda berkenan mengurniakan titah. Di antara penekanan-penekanan dalam titah baginda menyentuh mengenai keperluan bagi kerjasama serantau dan antarabangsa agar lebih strategik dalam menangani isu-isu keganasan dan jenayah-jenayah merentas sempadan yang lain, mempertimbangkan langkah-langkah yang dapat membantu dalam menjadi lebih berdaya tahan untuk menangani ketidaktentuan ekonomi berikutan dengan impak harga minyak yang rendah dan tidak menentu, serta kelembapan ekonomi dalam pasaran-pasaran penting. Ke muka 3

Kempen Kesihatan Mental 'Mind Your Mind' - 21 Mei Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin sejurus keberangkatan tiba di Radisson Blu Resort and Congress Centre, Sochi bagi menghadiri Sesi Plenari Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia Ke-20. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah dari Sochi, Persekutuan Rusia (Lihat muka 3, 4, 5 ,6 ,12 dan 13).

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 Mei. - Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental, Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan Kempen Kesihatan Mental 'Jaga Minda Kita' atau lebih dikenali sebagai 'Mind Your Mind' pada 21 Mei 2016, bertempat di Pusat Membeli-belah KB Sentral. Orang ramai dialu-alukan untuk memberikan sokongan dan turun ke Pusat Membeli-belah KB Sentral bersama keluarga serta mendapatkan maklumat tentang kesihatan mental, di samping mengikuti aktiviti-aktiviti Kempen 'Jaga Minda Kita' atau 'Mind Your Mind'. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah Pemeriksaan

Faksimile: 2381004

Kesejahteraan Mental, iaitu pemeriksaan tahap tekanan mental awda; Lakastah Minum dan Berkurapak di mana kita berpeluang untuk berjumpa dan berbincang dengan para Klinikal Psikologis dan Pakar Psikiatri; Leaf a Pledge, Reap a Fruit di mana para pengunjung dijemput untuk membuat azam mereka dan merakamkannya di atas kertas berbentuk buah yang akan menghiasi pokok 'Jaga Minda Kita' atau 'Mind Your Mind'. Pameran Kesihatan Mental yang mempamerkan perkhidmatan kesihatan mental, masalah-masalah kesihatan mental serta rawatanrawatan yang ada di negara ini juga turut dipamerkan dengan karya seni yang dihasilkan oleh klien-klien.

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.