PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''ILMU tidak akan mekar tanpa digilap. Adapun perbincangan ataupun permuzakarahan adalah salah satu cara menggilap ilmu. Oleh itu beta amat gembira kerana Brunei Darussalam pada hari ini turut menyumbang ke arah menggilap ilmu itu.'' - Titah Sempena Perasmian Majlis Ilmu 2015 Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun pada 27 Muharram 1437 Hijrah/ 9 November 2015 Masihi.
''DAN berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia yang lebih mengetahui siapa yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah juga yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Nahl, ayat 125 ).
TAHUN 60 / BILANGAN 139
21 NOVEMBER 2015 / 1437
9
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
APEC perlu tingkatkan daya tahan ekonomi Siaran Akhbar Jabatan Perdana Menteri
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Sesi Retreat Pertama Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC (AELM) 2015 Majlis tersebut berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina (PICC). - Foto : Azmah Haji Ahad dari Manila, Republik Filipina (Lihat muka 3, 4, 16 dan 17).
MANILA, REPUBLIK FILIPINA, Khamis, 19 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi ini, berkenan berangkat untuk menghadiri Sesi Retreat Pertama Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC (AELM) 2015 dan Majlis Santap Tengah Hari. Majlis-majlis tersebut berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina (PICC). Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan Legar, Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina dialu-alukan oleh Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Beningno S. Aquino III. Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya berkenan berangkat bersama Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Beningno S. Aquino III dan Ketua-Ketua Ekonomi yang lain bagi sesi bergambar ramai. Ini seterusnya diikuti dengan Sesi Retreat Pertama AELM yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Yang Terutama Presiden Republik Filipina. Sesi Retreat Pertama AELM, yang berlangsung di Bilik Mesyuarat I, Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina memberi tumpuan kepada tajuk 'Pertumbuhan Inklusif Melalui Ekonomi Bersepadu' atau 'Inclusive Growth Through Integrated Economies'. Dalam Sesi Retreat Pertama ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama di atas layanan mesra dan Majlis Santap Malam yang telah diberikan pada malam sebelumnya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya menyatakan bahawa ekonomi global terus pulih pada kadar yang tidak seimbang dan oleh sebab itu, APEC perlu mengukuhkan kerjasama untuk meningkatkan daya tahan ekonomi bersama. Kemajuan ekonomi yang kukuh dapat membantu meluaskan peluang kepada masyarakat, meningkatkan taraf hidup dan membawa kepada pertumbuhan yang inklusif. Kebawah DYMM kemudiannya melahirkan rasa gembira untuk menyokong APEC Strategy for Strengthening Quality Growth yang dapat bertindak sebagai panduan strategik APEC untuk mengukuhkan pertumbuhan berkualiti dan secara kolektif. Baginda seterusnya bertitah bahawa reformasi struktur akan dapat membantu cara kerajaan berfungsi dan meningkatkan daya saing ekonomi. Baginda juga mengalu-alukan pertukaran amalan-amalan terbaik dan pembinaan kapasiti yang disasarkan. Kebawah DYMM seterusnya mengalu-alukan hasil mesyuarat APEC Finance Minister's Meeting yang mana akan menyumbang kepada pertumbuhan di rantau ini. Kebawah DYMM juga bertitah pertumbuhan akan membantu mengurangkan perbezaan di antara masyarakat, mewujudkan pekerjaan dan memberikan prospek yang lebih baik kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (Micro, Small and Medium Enterprises-MSMEs). Ke muka 3
Bincang masa depan ASEAN Laporan : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali dari Kuala Lumpur, Malaysia KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Sabtu, 21 November. Para pemimpin Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) sekali lagi akan berhimpun bagi membincangkan masa depan pertubuhan serantau itu semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 yang dijadualkan dirasmikan hari ini. Perasmian sidang penuh bersejarah itu akan
disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, selaku Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) dengan tema 'Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita' (Our People, Our Community, Our Vision). Pada sidang kali ini, ASEAN akan meraikan penubuhan rasmi Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun. Sebagaimana lazimnya, Sidang Kemuncak ASEAN akan diberikan liputan meluas oleh media tempatan mahupun antarabangsa bagi membarigakan dan mempromosikan sidang itu nanti. Ke muka 32
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Muka 6
Muka 7
Berangkat kurniakan hadiah Pertandingan Membaca Al-Qur'an PPPBD
Kerjasama NBD - Kesultanan Oman kukuh
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn