PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''JIKA kita bertindak, maka bertindaklah dengan cara kita, seperti juga kalau berfikir, maka berfikirlah dengan cara kita orang-orang Brunei berfikir, tanpa perlu meniru-niru cara orang lain.'' - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun pada 15 Ogos 2015 di Istana Nurul Iman.
''KEMUDIAN adakah setelah terjadinya (azab itu), baharu kamu mempercayainya? Adakah sekarang (baharu kamu mempercayainya) padahal dahulu kamu selalu meminta supaya disegerakan (kedatangannya)?'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Yunus, ayat 50).
TAHUN 60 / BILANGAN 100
22 OGOS 2015 / 1436
7
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Temburong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun yang berlangsung di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Temburong (Lihat muka 11, 12, 13 dan 14).
KPSSU miliki ISO 9001 : 2008 November ini Kunjungan hormat dan perjumpaan dua hala
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Republik Costa Rica, Tuan Yang Terutama Luis Guillermo Solis Rivera.- Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lihat muka 24).
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Oleh: Nooratini Haji Abas Foto: Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 Ogos. - Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) dijangka akan memperolehi Persijilan ISO 9001 : 2008 pada November tahun ini. Perkhidmatan dan Persijilan ISO 9001 : 2008 adalah untuk memperbaiki dan mengukuhkan perkhidmatan pelanggan berdasarkan sistem kualiti pengurusan, di samping untuk memastikan dokumen-dokumen yang teratur dan penyelenggaraan perkhidmatan melalui pengawasan audit. Majlis Penandatanganan Kontrak Perjanjian Perkhidmatan Pengauditan dan Persijilan ISO 9001 : 2008 diadakan di Dewan Setia Pahlawan, KPSSU, di sini. Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Industri dan Keusahawanan), KPSSU, Awang Haji Khairuddin bin Haji Abd. Hamid, sementara Syarikat Bureau Veritas (BV) diwakili oleh Mr. Ram Madhukar Desai.
Penandatanganan tersebut disaksikan oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar selaku tetamu kehormat. Menyaksikan sama ialah Pemangku Pusat Standard Kebangsaan, KPSSU, Dayang Malati binti Haji Abdul Ghani, selaku Penyelaras Projek dan Dayang Susila Farina Othman bagi Syarikat BV. Ke muka 24
Muka 4 LIMA kakitangan ITB terima anugerah cemerlang
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn