Pelita Brunei - Sabtu 23 April 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''SATU lagi keperluan dalam usaha kita membangun negara ialah keadaan alam sekitar. Tidak ada maknanya pembangunan pesat jika alam sekitar terjejas teruk. Kerana kita juga terus memerlukan tanah yang subur, udara yang bersih, air minum yang bersih, malah air laut yang bersih yang tidak tercemar. Kerana inilah sumber kesejahteraan yang sebenar-benarnya.'' - Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26.

''SESUNGGUHNYA pendustaan terhadap-Ku tidak sama seperti pendustaan terhadap orang lain. Barangsiapa yang melakukan pendustaan terhadap-Ku dengan senghaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat tinggalnya di neraka.'' - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

TAHUN 61 / BILANGAN 49

23 APRIL 2016 / 1437

15

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Teruskan perhatian terhadap Al-Quran Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan supaya perhatian berat terhadap Al-Quran hendaklah diteruskan. Bagi tujuan itu, baginda bertitah supaya adanya usaha-usaha yang berterusan untuk difikirkan, dirancang dan dilaksanakan bagi program-program yang bersesuaian. Baginda berkenan mengurniakan titah demikian pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi (malam ketiga) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. ''Pada hemat beta, adalah juga mustahak difikirkan tentang bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan mata pelajaran Al-Quran itu di sekolah-sekolah ugama. Kerana setahu umum, pencapaian bacaan Al-Quran di sekolah-sekolah ugama itu masih saja di tahap memerlukan pembaikan dan peningkatan,'' titah baginda. Apa yang mustahak di peringkat kanak-kanak ini titah baginda ialah untuk menjadikan mereka itu 'betul-betul pandai' membaca Al-Quran kerana ia lebih mustahak disempurnakan sebelum berbangkit tentang pemahaman ayat-ayatnya dan lain-lain. Kebawah DYMM percaya, di samping pembaikan bacaan Al-Quran di peringkat rendah, elok juga diselajurkan untuk membuat kajian tentang kemampuan penuntut-penuntut sekolah menengah dalam bidang membaca Al-Quran. Baginda seterusnya bertitah, walaupun mereka sudah belajar membaca Al-Quran melalui persekolahan ugama sehingga Darjah Enam, namun ada tanda-tanda yang mutu bacaan Al-Quran mereka itu juga belumlah sebaik yang diharapkan. ''Apabila mutu bacaan Al-Quran mereka itu belum sampai ke tahap seperti yang diharapkan, maka bererti kajian yang segera dan realistik perlulah dijalankan,'' tegas baginda. Ke muka 3

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi (malam ketiga). - Foto : Masri Osman (Lihat muka 3 dan 4).

Kerjasama dua hala Brunei - China capai kemajuan Pelantikan tiga ahli Lembaga DARe Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 April. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng mengadakan perjumpaan dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Wang Yi, di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Pada perjumpaan tersebut, Yang Berhormat dan TYT membincangkan usaha-usaha bagi

meningkatkan lagi hubungan dua hala, termasuk melalui perdagangan dan kerjasama ekonomi di samping bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa. TYT berada di negara ini bagi lawatan selama dua hari. Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China mempunyai hubungan persahabatan tradisi yang lama dan telah dikukuhkan lagi dengan termeterainya hubungan diplomatik pada tahun 1991. Ke muka 8

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 April. - Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Darussalam Enterprise (DARe) memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan bagi pelantikan tiga ahli baharu Lembaga DARe. Pelantikan tersebut adalah bagi Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah sebagai Timbalan Pengerusi; Presiden Dewan Perniagaan Melayu bagi Perniagaan dan Perindustrian dan

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Siaran Akhbar : Darussalam Enterprise Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri, Dr. Haji Kamaruddin bin Dato Seri Paduka Haji Talib dan Pengarah Urusan Sahid Sdn. Bhd. dan Pengarah Simpor Pharma Sdn. Bhd., Pengiran Adnan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail sebagai ahli tambahan kepada Lembaga berkenaan. Dengan tambahan baharu ini, 84 peratus (16 daripada 19 ahli) lembaga DARe diterajui oleh sektor swasta dengan ahli-ahli yang mewakili pelbagai industri termasuk perbankan,

Faksimile: 2381004

pembinaan, perkapalan dan logistik, makanan, minyak dan gas, IT dan juga pelbagai persatuan-persatuan dan badan-badan profesional. Kumpulan sektor swasta ini dijangka membawa kepakaran teras teknikal dalam membentuk pembangunan sektor-sektor perniagaan di negara ini dan memastikan bahawa keperluan perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana boleh ditangani dan diatasi secara optimum dari sudut perniagaan.

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.