Pelita Brunei - Sabtu 23 DIS 2017

Page 1

''DARIPADA Abdullah bin Amr katanya : ''Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.'' - Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari riwayat Al-Iman Ibnu Majah.

''DI Negara Brunei Darussalam, kita tidak membenarkan kezaliman berlaku. Kita pantangkan ia berlaku. Sesungguhnya di bumi bertuah ini, kezaliman tidak ada tempat untuknya. Ia adalah musuh kita. Kita tidak mampu untuk berkompromi dengannya.'' - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1439H / 2017M.

4.50

TAHUN 62 / BILANGAN 153

5.00

6.24

23 DISEMBER 2017 / 1439

6.48

12.20

5

3.42

6.14

7.29

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan hantar titah perutusan tahniah

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito, Emperor Jepun dan kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe serta kerajaan dan rakyat Jepun sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito yang Ke-84 Tahun.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito, Emperor Jepun dan kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe serta kerajaan dan rakyat Jepun sempena Ulang Tahun Hari

Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito yang Ke-84 Tahun. Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito, Emperor Jepun itu, baginda sangat

menghargai hubungan yang akrab di antara Negara Brunei Darussalam dengan Jepun yang selama ini telah mendatangkan faedah kepada kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing, dan seterusnya berharap akan dapat terus mengukuhkan persahabatan dan kerjasama yang penting ini di tahun-tahun mendatang. Sementara itu, dalam titah perutusan yang sama kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe, baginda menzahirkan kegembiraan dapat berjumpa lagi dengan Tuan Yang Terutama di Da Nang dan Manila pada bulan lepas dalam mana telah memberikan kesempatan yang baik dalam membincangkan perkembangan usaha bersama di peringkat dua hala dan serantau. Baginda seterusnya berharap akan dapat bekerja dengan TYT di tahun-tahun mendatang demi memperkukuhkan lagi persahabatan yang mesra dan kerjasama yang penting di antara Negara Brunei Darussalam dengan Jepun. Baginda mengakhiri titah-titah perutusan baginda itu dengan menyampaikan salam muhibah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Empress Michiko dan semoga baginda berdua sentiasa berada di dalam kesihatan dan kegembiraan yang berpanjangan, dan begitu juga kepada Perdana Menteri Jepun, TYT Shinzo Abe dan rakyat Jepun bergembira bersempena perayaan tersebut.

Mata wang kripto tidak sah Siaran Akhbar : Autoriti Monetari Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 22 Disember. - Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) mengingatkan orang ramai bahawa mata wang kripto adalah tidak sah diperlakukan di Negara Brunei Darussalam dan tidak dikawal oleh AMBD. Kebimbangan AMBD tersebut adalah berikutan dengan populariti mata wang kripto yang semakin berleluasa. Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk berhati-hati apabila berurusan dengan mata wang kripto yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat atau institusiinstitusi persendirian. Mata wang kripto, seperti Bitcoin, Bitcoin Cash dan Ether

merupakan sejenis mata wang digital yang beroperasi bebas dari autoriti-autoriti monetari atau bank-bank pusat. Urus niaga mata wang kripto dijalankan secara anonymous dengan menggunakan platform yang pada lazimnya tidak diketahui di bawah kawalan mana-mana bidang kuasa, menyebabkan kesahihan mata wang kripto tersebut diragui. Mata wang kripto juga mudah disalahgunakan sebagai pengantara untuk aktiviti-aktiviti haram dan risiko penggodamannya atau aktiviti hacking adalah sangat tinggi. Ini adalah terbukti dengan kes-kes penggodaman rangkaian

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

atau network hacking mata wang kripto yang terjadi baru-baru ini. Laman sesawang mata wang kripto yang palsu atau tawaran perkhidmatan berkaitan dengan mata wang kripto, juga digunakan untuk memerangkap pengguna. Peningkatan pesat dalam nilai beberapa mata wang kripto baru-baru ini, termasuk Bitcoin, adalah didorong oleh spekulasi yang tinggi dan tidak mempunyai asas yang jelas. Risiko bagi kejatuhan nilai mata wang kripto tersebut adalah juga sangat tinggi dan orang ramai tidak dilindungi, di bawah mana-mana undang-undang AMBD. Berikutan itu, masyarakat antarabangsa dan AMBD akan tetap berwaspada dan terus memantau perkembangan isu-isu mengenai mata wang kripto ini. Ke muka 4

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Muka 3

Muka 4

BANJIR di Temburong semakin surut

MANGSA banjir Mukim Lumapas terima bantuan

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 23 DIS 2017 by Putera Katak Brunei - Issuu