Pelita Brunei - Sabtu 23 Jan 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''ILMU ialah milik Allah dan Allah mengurniakan martabat yang tinggi kepada hamba-Nya yang memiliki ilmu. Ilmu ialah faktor tunggal yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang. Kerana itu Islam sangat mementingkan ilmu.'' - Titah Sempena Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-62 Tahun pada 23 Rejab 1429 Hijrah / 26 Julai 2008 Masihi.

''TIDAKLAH patut bagi Nabi (Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) dan orang-orang yang beriman memohonkan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik walaupun mereka itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi orang-orang beriman bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah at-Taubah, ayat 113).

TAHUN 61 / BILANGAN 10

23 JANUARI 2016 / 1437

13

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Tunjukkan keluhuran MIB ke mata dunia Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said, Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 Januari. - Keluhuran Melayu Islam Beraja (MIB) perlu ditunjukkan kerana melaluinya Negara Brunei Darussalam akan menghulurkan tangan kepada semua orang untuk bersahabat dan berbaik-baik dengan siapa sahaja. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bertitah menegaskan bahawa MIB bukanlah untuk ditahan-tahan dalam negara sahaja tetapi ia juga untuk dibawa keluar negara. Kepentingan MIB ini adalah antara agenda yang dibangkitkan dalam titah baginda semasa membuat Lawatan Kerja ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP) dan jabatan-jabatan di bawahnya, di sini. Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyatakan fungsi Jabatan Pertubuhan-

Pertubuhan Antarabangsa dalam menyebarkan maklumat mengenai dasar luar negara dan peranannya di dalam organisasi-organisasi antarabangsa dan sama ada dasar luar dan dalam adalah berpaksikan MIB. ''Berkaitan MIB kita perlu merancang dan bertindak tanpa bercanggah dengannya, kita tuju sasaran dan meluruskan cara sehingga kelihatan benar-benar sesuai dan tidak janggal misalnya siapa yang benar-benar sesuai untuk kita pilih mewakili Brunei ke Pertubuhan-Pertubuhan Dunia di dalam persidangan-persidangan. Kita mesti pilih mereka yang benar-benar berkemampuan dan berpengalaman yang dapat memberikan gambaran tepat siapa kita dan Brunei ini yang sebenarnya di mata dunia,'' tegas baginda. Kebawah DYMM sangat mengambil berat tentang matlamat bagi jabatan-jabatan di antara yang terpenting ialah matlamat mempromosi dan melindungi kepentingan-kepentingan negara di dalam organisasi-organisasi antarabangsa. Ke muka 3

Menerima mengadap perpisahan Duta Besar Thailand

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan mengurniakan titah semasa berangkat membuat Lawatan Kerja ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP) dan jabatan-jabatan di bawahnya. - Foto : Azmah Haji Ahad (Lihat muka 3, 4, 12 dan 13).

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan, Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 5).

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Muka 6

Muka 7

LATIHAN khusus perguruan amat diperlukan

KEUSAHAWANAN penyumbang penting pertumbuhan ekonomi negara

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.