PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KITA garap Brunei, Negara Zikir, dengan kekuatan Al-Qur'an. Biar ia jadi nadi dalam kehidupan kita, supaya terjelmalah satu 'sejarah besar' untuk bangsa.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1431 Hijriah / 2010 Masihi pada 17 Ramadan 1431H / 27 Ogos 2010M.
“DAN perintahkanlah keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu bahkan Kamilah yang mengurniakan rezeki kepadamu. Dan akibat kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Thaahaa ayat 132).
TAHUN 59 / BILANGAN 105
23 OGOS 2014 / 1435
26
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Muhammad Arif Matali Foto : Masri Osman, Hamzah Mohiddin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANGAR, Khamis, 21 Ogos. - Cuaca panas terik tidak menghalang rakyat dan penduduk di Daerah Temburong untuk beramah mesra dan menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan baginda ke-68 tahun. Peluang bersemuka bersama seorang raja yang dikasihi sememangnya saat-saat yang dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat di sini yang membanjiri kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar sejak awal pagi lagi. Sejurus berangkat turun daripada pesawat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-68; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi sambutan serta Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah. Ke muka 11
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk Daerah Temburong. - Foto : Masri Osman. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 11 hingga 14).
Projek outfall atasi banjir Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli KUALA BELAIT, Khamis, 21 Ogos. - Projek Membaik Pulih Jalan Maulana bagi membina outfall bertujuan bagi mengatasi banjir di kawasan-kawasan rendah di Daerah Belait. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyatakan dengan adanya outfall, air yang ada di kawasan-kawasan tertentu akan mengalir keluar. “Outfall memang sudah ada tetapi tidak mencukupi. Perkara
itu diperbaiki dengan pembekalan outfall yang baru. Projek yang menelan belanja BND1.6 juta itu telah siap tetapi belum beroperasi dan InsyaaAllah akan beroperasi tidak lama lagi,” jelas Menteri Pembangunan. Menyentuh mengenai projek fasa kedua Jalan Liang-Lumut Bypass, Yang Berhormat menyatakan, kontraktor telah pun dilantik bagi melaksanakan projek berkenaan dan akan memulakan kerja secepat mungkin sebelum akhir tahun ini. Mengenai dengan sungutan orang ramai yang menggunakan jalan raya Lumut-Seria-Belait Bypass yang kurang elok, Yang Berhormat tidak menafikan perkara tersebut dan Yang Berhormat yakin dengan adanya
kerja-kerja yang akan dilaksanakan masalah tersebut akan dapat diatasi. “Pada masa ini kontraktorkontraktor telah pun dipastikan supaya apabila kerja telah siap dilaksanakan, keadaan jalan raya akan lebih baik daripada yang ada sekarang,” ujar Yang Berhormat. Yang Berhormat dengan itu menyeru para pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati menggunakan jalan raya tersebut kerana sebahagian daripada jalan raya terbabit keadaannya lebih buruk daripada yang lain dan jika mereka memandu laju mungkin akan menimbulkan masalah kepada mereka. Mengulas mengenai Projek Lebuhraya Lumut-Tutong, Yang
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Berhormat menyatakan projek tersebut dijangka akan siap tahun depan, tetapi ada beberapa isu yang perlu diatasi meliputi isu-isu tanah yang melambatkan projek tersebut disiapkan. “Walau bagaimanapun perkara tersebut telah ditangani oleh pihak kontraktor dan konsultan serta pihak Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) yang melaksanakan projek berkenaan dan akan diberi perhatian segera untuk disiapkan,” jelas Yang Berhormat ketika ditemui pihak media pada lawatan kerja Yang Berhormat ke Projek Membaik Pulih Jalan Maulana dan Projek ‘Outfall’ No.8 di Jalan Maulana, di sini. Ke muka 24
Muka 3
UNDANG-UNDANG Jenayah Syar’iah rasmi menjadi undang-undang negara
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn