Pelita Brunei - Sabtu 23 Sept 2017

Page 1

''... DAN tolongmenolonglah kamu dalam kebajikan dan ketakwaan dan janganlah tolongmenolong dalam dosa dan permusuhan (melanggar hukum-hukum Allah). Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat berat seksa-Nya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah al-Maa'idah, ayat 2).

''BENTENG dalaman ini termasuk ketahanan rohani dan ugama. Kefahaman ugama yang sempurna tidak syak lagi, mampu untuk menangkis segala fahaman salah yang menjurus kepada ekstremisme. Di sinilah pentingnya nilai-nilai Melayu Islam Beraja menjiwai kehidupan kita.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-56 Tahun pada 17 September 2017 Masihi.

4.42

TAHUN 62 / BILANGAN 114

4.52

6.09

6.32

23 SEPTEMBER 2017 / 1439

12.14

2

3.21

6.16

7.25

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Sentiasa berawas dengan penyelewengan akidah KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah sempena Menyambut Awal Tahun Baharu Hijrah 1439 di Istana Nurul Iman.

Oleh : Mohammad Rainie Haji Durani, Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Masri Osman

Berita palsu dari laman sesawang www.mediaperjuangan.com Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri

Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

1215 Hari Lagi Hari Lagi

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 September. Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan orang ramai bahawa artikel yang dilaporkan di laman sesawang online www . mediaperjuangan . com mengenai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah tidak benar. Artikel tersebut telah mengandungi berita palsu yang berhubung kait dengan Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah binti Yacob. Laman sesawang tersebut juga

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

mengandungi berita-berita palsu lainnya dan mempunyai unsur-unsur aktiviti penipuan yang bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai melayari laman sesawang tersebut bagi meningkatkan traffichits. Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak menyebarluaskan sebarang perkara yang tidak berasas, yang mana perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih, apatah lagi yang palsu dan direka adalah menjadi kesalahan dan boleh didakwa di bawah undang-undang yang berkuat kuasa.

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena menyambut Awal Tahun Baharu Hijrah 1439 di Istana Nurul Iman, di sini mengingatkan agar kita sentiasalah berawas dari terjebak kepada penyelewengan akidah. Titah baginda, banyak cara untuk bertindak bagi menangani penyelewengan di antaranya melalui kaedah dakwah, nasihat, atau pun melalui akta. Jika akta belum wujud, maka adakan akta. Baginda seterusnya bertitah, menyeru agar menangani penyelewengan dengan akta yang mungkin saja lebih efektif dari yang lain-lain. Di samping itu, baginda berharap agar pihak-pihak bertanggungjawab yang berkaitan menjadikan penyelewengan akidah sebagai keutamaan. ''Jangan pejamkan mata kalau nampak penyelewengan sudah atau sedang berlaku. Ataupun ia baru didengar atau dihidu berlaku, maka pihak-pihak bertanggungjawab itu hendaklah sesegera mungkin mengambil langkah dan bertindak,'' titah baginda. Baginda juga menjelaskan, bahawa hijrah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam adalah untuk menyelamatkan akidah dan merasa amat hiba apabila mengetahui bahawa di zaman moden ini masih berlaku lagi penghijrahan untuk menyelamatkan nyawa dan akidah. Titah baginda, penghijrah-penghijrah itu terpaksa lari meninggalkan tempat tinggal sendiri, yang namanya tanah air, kerana dizalimi dengan pelbagai bentuk kezaliman. ''Kalau dahulu kita hanya mendengar atau membaca tentang orang-orang yang dizalimi, tetapi sekarang dengan kecanggihan teknologi, kita juga sudah dapat melihat dengan mata kepada bagaimana penzaliman itu dilakukan, seperti dengan membunuh atau menyeksa atau membakar kampung dan rumah para mangsa itu. Semua ini turut muncul di dalam media sosial termasuk melalui kaca-kaca TV,'' titah baginda. Dalam hal ini, Brunei Darussalam titah baginda, adalah bersama-sama 'suara sedunia' menyesali apa yang berlaku di Myanmar dan meminta pihak berkuasa, di negara tersebut supaya menyelesaikan krisis kemanusiaan ini dengan seadil-adilnya. Pada akhir titah, baginda dan keluarga tulus ikhlas mengucapkan Selamat Menempuh Tahun Baharu Hijrah 1439 kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk di negara ini.

ROMBONGAN ketiga jemaah haji negara bertolak

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.