Pelita Brunei - Sabtu 24 Jan 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KITA juga dituntut untuk mencintai Baginda, dan salah satu tanda mudah mencintai itu, ialah dengan membanyakkan selawat ke atas Baginda. Selawat ini sungguhpun mudah, tetapi ganjarannya adalah lumayan. Sekali sahaja berselawat, Allah akan membalas dengan sepuluh rahmat.” - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi pada hari Jumaat, 12 Rabiulawal 1436H bersamaan 2 Januari 2015M.

“WAHAI orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah disediakannya untuk hari esok (hari akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” - (Surah Al Hasyr ayat 18).

TAHUN 60 / BILANGAN 10

24 JANUARI 2015 / 1436

3

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Berkenan terima undangan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Kelima Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Mohiddin, Hernie Suliana Haji Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 21 Januari. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan Majlis Perjumpaan dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Ta'zim. Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan Majlis Perjumpaan dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Ta'zim. - Foto : Hamzah Mohiddin.

Pembinaan sekolah Arab perempuan lakar sejarah Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 Januari. - Kejayaan dan keupayaan pelajar lulusan Sekolah Menengah Arab, di samping kesedaran

Muka 3

DPPW berkenan menerima mengadap

terhadap kepentingan ilmu agama, telah menarik minat kebanyakan ibu bapa atau penjaga untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke

Muka 4

BERANGKAT menyempurnakan Peletakan Batu Asas Sekolah Arab Katok

sekolah Arab. Ini menyebabkan jumlah keramaian pelajar yang melanjutkan pengajian ke sekolah Arab juga semakin meningkat khususnya bagi pelajar perempuan. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman menyembahkan demikian pada Majlis Peletakan Batu Asas Sekolah Arab Katok, berlangsung di tapak Projek Peletakan Batu Asas sekolah berkenaan. Menurut Yang Berhormat, pertambahan kemasukan pelajar perempuan menunjukkan peningkatan yang sangat ketara di mana pada tahun 1967 keramaian penerimaan ialah 61 orang sahaja pelajar perempuan dan pada tahun ini menerima seramai 424 orang pelajar perempuan menjadikan keseluruhannya pelajar perempuan di sekolah Arab ialah seramai 6,211 orang. Ke muka 24

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Jasa Al-Marhum Raja Abdullah tetap dikenang BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 23 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi serta kerajaan dan rakyat Arab Saudi berikutan dengan kemangkatan Paduka Kakanda Baginda, Al-Marhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud baru-baru ini. Di dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam apabila mengetahui mengenai kemangkatan Al-Marhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud. Kebawah DYMM berserta dengan keluarga baginda turut mengucapkan takziah yang amat mendalam kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah DYMM Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi serta kerabat diraja, diiringi dengan doa dan kenangan dalam masa kehilangan besar ini. Baginda seterusnya bertitah bahawa Al-Marhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud akan dikenang sebagai seorang pemimpin Arab yang paling dikagumi yang mana baginda telah berdedikasi dalam kerjanya untuk keamanan, kemajuan dan keselamatan ummah Islam. Pada mengakhiri perutusan tersebut, Kebawah DYMM bertitah bahawa Al-Marhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud akan amat dirindui dan berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan menerima roh Al-Marhum Raja Abdullah dan menempatkannya di kalangan roh para solehin.

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.