Pelita Brunei Sabtu 25 April 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KEMAKMURAN dicapai dengan usaha, menggunakan sumber alam kurnia Allah Ta'ala. Daripada sumber alam ini, kita memperolehi minyak dan gas dan daripadanya juga kita mendapat makanan.” - Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430.

“DAN kalaulah penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa, tentulah Kami akan melihatkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan rasul-rasul Kami lalu Kami timpakan mereka azab disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al A’raaf, ayat 96).

TAHUN 60 / BILANGAN 49

25 APRIL 2015 / 1436

6

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

NAASP platform ke arah pembangunan mampan Berangkat ke Majlis Santap Malam di Istana Negara

Laporan : Hajah Zabaidah Haji Salat Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Azmah Haji Ahad dari Jakarta, Republik Indonesia

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam bagi Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan yang menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak Komemorasi Asia - Afrika 2015 yang dihoskan oleh Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lihat muka 4).

JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Rabu, 22 April. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, melahirkan rasa gembira dengan adanya Perkongsian Strategik Asia - Afrika Baru (NAASP) yang berfungsi sebagai jalinan muhibah dan persahabatan yang meliputi perpaduan politik, kerjasama ekonomi dan hubungan sosiobudaya. Perkongsian ini, titah baginda, adalah mengenai pewujudan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat negara-negara ahli. Ke arah itu, semua negara ahli perlu terus memberikan penekanan dalam pelbagai bidang termasuklah perdagangan, industri, pelaburan dan pelancongan. Pada masa yang sama, terdapat kepentingan dalam mempromosi pembangunan manusia melalui pembinaan kapasiti dan kerjasama teknikal. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian pada Sesi Plenari Pertama di Sidang Kemuncak Komemorasi Asia Afrika 2015 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di sini. Menurut baginda, NAASP adalah bersesuaian dalam masa negara-negara ahli berusaha untuk mencapai objektif-objektif pembangunan mampan, keamanan dan juga kemakmuran, negara-negara ahli juga terdedah kepada cabaran-cabaran seperti pandemik, krisis ekonomi, bencana alam, perubahan iklim dan keganasan. Dalam hal ini, baginda percaya bahawa NAASP merupakan satu lagi platform pelbagai hala dalam mencapai matlamat-matlamat dan juga menangani cabaran-cabaran semasa. Ke muka 24

Realisasikan hak rakyat Palestin Muka 5

PENGANTIN Diraja berangkat ke majlis kesyukuran

JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Rabu, 22 April. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, mengajak negara-negara ahli Asia - Afrika akan terus bersama menyokong rakyat Palestin

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

dalam perjuangannya untuk merealisasikan hak-hak mereka dalam menentukan nasib, maruah dan kemerdekaan. Dalam pada itu, baginda juga melahirkan rasa kebimbangan tentang nasib rakyat Palestin yang masih belum dapat diselesaikan dan keadaan mereka yang terus menjadi mangsa kekerasan dan pendudukan tentera Israel. Dengan yang demikian, dalam titah

baginda pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak Komemorasi Asia - Afrika 2015 (AACC) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di sini, baginda sukacita menyatakan sokongan Negara Brunei Darussalam terhadap Deklarasi mengenai Palestin (Declaration on Palestine) yang terkandung dalam tiga dokumen penting sempena dengan sidang ini. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.