''KEKUATAN Islam terletak pada Al-Quran. Kekuatan Al-Quran pula terletak pada keasliannya yang tidak dicemari oleh tangan- tangan manusia. Adalah menjadi tanggungjawab setiap kita untuk mempertahankan, memelihara dan menjaga keaslian tersebut. Antara cara kita mempertahankan, memelihara dan menjaga keaslian itu, ialah melalui aktiviti penghafalan ayat-ayat Al-Quran itu.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.
''DAN Al-Quran ini ialah kitab yang Kami turunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diberkati maka ikutilah ia dan bertakwalah supaya kamu dirahmati.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Anam, ayat 155).
4.36
TAHUN 61 / BILANGAN 76
4.46
6.11
25 JUN 2016 / 1437
6.35
19
12.24
3.50
6.35
7.51
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Pantau halal haram makanan dengan kemas, teliti Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah di antara ajaran Al-Quran ialah mengenai halal-haram makanan, yang juga turut diperjelas oleh hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan para ulama. ''Beta difahamkan usaha kita sekarang ialah ke arah memproses untuk mempercepatkan tempoh kelulusan permohonan Sijil Halal dan Permit Halal. Langkah ini memang wajar dari sudut pentadbiran khususnya yang menyangkut tentang perkara hukum halal-haram di mana kita memang tidak wajar untuk mengambil jalan pintas, tetapi mesti kemas dan penuh teliti, berdasarkan garis pandu syarak yang benar-benar syari'e, bukannya setakat untuk melariskan sijil dan Permit Halal itu,'' titah baginda pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Hukum 'halal-haram makanan', adalah ia tersendiri, memerlukan orang-orang yang betul-betul tahu dan mengerti apa itu halal, apa itu haram. Jika mereka tidak tahu atau faham semua ini, tegas baginda, bagaimanakah boleh dijamin makanan atau hidangan yang dijual itu adalah halal. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit (Lihat muka 3, 12 dan 13).
Al-Quran sebagai Pusat Ehsan bakal miliki Kompleks Rehabilitasi petunjuk Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 Jun. - Dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 menjelaskan, Al-Quran itu diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Perkara itu dinyatakan oleh Penolong Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Abang Hadzmin bin Abang Haji Taha semasa menyampaikan Ceramah Tafsir 'Al-Quran Penawar dan Ubat Bagi Rohani dan Jasmani' pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Tambahnya, rohani dan jasmani tidak dapat dipisahkan, ia adalah berkaitan, rohani yang sihat menyumbang kepada jasmani yang sihat dan begitulah sebaliknya. Al-Quran di dalam Surah Shaad jelasnya, ada menceritakan tentang Nabi Ayub Alaihissalam yang diuji dengan kefakiran, kehilangan anak dan ditimpakan dengan penyakit. Ke muka 3
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Jun. - Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam akan mempunyai bangunan Kompleks Rehabilitasinya sendiri setelah siap pembinaannya pada tahun hadapan. Sehubungan itu, Majlis Peletakan Batu Asas telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang berlangsung di tapak berdekatan pusat tersebut. Berangkat sama, puteri Kebawah
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Duli Yang Maha Mulia, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah. Keberangkatan YTM berdua, dijunjung oleh Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Awang Haji Mohammad Alimin bin Haji Abdul Wahab; Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan, Awang Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman dan Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin. Ke muka 5
Faksimile: 2381004
Muka 7
Bertadarus di Sekolah Rendah Rataie
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn