PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“GURU mestilah membuktikan kehebatannya dengan memiliki daya kepimpinan berwibawa, di samping juga mempunyai pengetahuan yang luas. Di sinilah hebatnya guru itu, sehingga mereka terus disanjung dan dihormati.” - Titah Sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-24 Tahun 1435 Hijrah / 2014 Masihi dan 100 Tahun Pendidikan Formal Di Negara Brunei Darussalam, pada 9 Oktober 2014M bersamaan 14 Zulhijjah 1435H.
TAHUN 59 / BILANGAN 132
“DAN mohonlah keampunan kepada-Nya bagi kekhilafanmu dan (dosa) orang-orang yang beriman laki-laki dan perempuan.” - (Firman Allah Subhanahu Wata‘ala dalam Surah Muhammad ayat 19).
25 OKTOBER 2014 / 1436
1
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar, Ak. Jefferi Pg. Durahman Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 24 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, tema sambutan Tahun Baru Hijrah 1436, ‘Bersatu Mendukung Undang-Undang Allah’ adalah satu ungkapan yang cukup bertenaga lagi luhur. Dengan yang demikian perkataan ‘Bersatu’ itu sangatlah bagus diucapkan, tegas baginda. Begitu juga dengan ungkapan tema sambutan Tahun Baru Hijrah 1436, titah baginda, adalah satu ungkapan yang cukup bertenaga lagi luhur dan perlu disambut dengan sikap berani dan jujur. “Yang dimaksudkan dengan berani itu di sini ialah berani kerana Allah, bukan berani kerana yang lain-lain,” titah baginda sempena sambutan Tahun Baru Hijrah 1436. Baginda seterusnya bertitah menegaskan, apapun perkara jika ia disandarkan semata-mata kerana Allah, maka perkara itu amatlah suci di sisi-Nya. “Apa yang penting untuk kita ingat ialah, sebarang niat janganlah kerana yang lain-lain, tetapi bulatkan ia untuk menolong dan memelihara ugama-Nya semata-mata. Nanti akan kita dapati, Allah itu pasti akan menolong kita pula,” titah baginda. Itu adalah janji Allah, tegas baginda, sesungguhnya janji Allah itu amatlah tepat dan tidak pernah dimungkiri.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah sempena sambutan Tahun Baru Hijrah 1436 (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12,13 & 24).
Tingkatkan kualiti tenaga akademik Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hamzah Mohiddin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Institut
Teknologi Brunei (ITB) bertitah menegaskan bahawa mustahak bagi ITB untuk meningkatkan kualiti tenaga akademiknya selaras dengan taraf sebuah universiti yang dikagumi. Kualiti pelajar kerap dikaitkan dengan kualiti tenaga akademik dan kerana itu baginda telah pun memperkenankan Skim
Perkhidmatan Tenaga Akademik bagi Institusi Perkhidmatan Awam pada awal tahun ini. Justeru Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan, supaya hanya tenaga akademik yang benar-benar layak sahaja yang akan diserapkan kepada skim ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen Kedua Bagi Graduan Ijazah Sarjana Muda Tempatan dan Majlis Konvokesyen Bagi Graduan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Diploma Tertinggi Kebangsaan Ke-27 ITB, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Mengenai status ITB, Kebawah DYMM juga menyambut baik Visi ITB untuk menjadi antara 10 Universiti Kejuruteraan dan Teknologi yang teratas di Asia Tenggara menjelang tahun 2018 dan ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai, sekiranya seluruh warga ITB berusaha ke arah itu.
Muka 5 & 6
Ke muka 24
Berangkat menyerikan Malam Gala ISB
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn