Pelita Brunei - Sabtu 27 Feb 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''BETA sering menegaskan bahawa pelajar adalah aset negara yang paling mahal. Oleh sebab itulah, kerajaan beta akan terus memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan seberapa yang tinggi tanpa mengira sama ada ia diperolehi di dalam mahupun di luar negara.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Jubli Emas Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien pada 22 Zulhijjah 1422 Hijrah / 7 Mac 2002 Masihi.

''SESUNGGUHNYA Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 222).

TAHUN 61 / BILANGAN 25

27 FEBRUARI 2016 / 1437

18

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan hantar perutusan tahniah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait dan kepada Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah sempena dengan Hari Kebangsaan Negara Kuwait. Dalam titah-titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, baginda merakamkan ucapan tahniah kepada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait; Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, kerajaan dan rakyat Kuwait bersempena dengan Hari Kebangsaan Negara Kuwait dan seterusnya merakamkan perasaan gembira terhadap hubungan persahabatan dan kerjasama yang kukuh dan erat yang telah dinikmati oleh kedua-dua buah negara. Pada mengakhiri perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berdoa

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait dan Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, kerajaan dan rakyat Kuwait sempena Hari Kebangsaan Negara Kuwait.

ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait dan Perdana Menteri

Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah akan sentiasa berada di dalam sihat sejahtera dan kegembiraan,

serta Negara Kuwait dan rakyatnya sentiasa menikmati keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Pembacaan doa rasmi berkesan mantapkan negara Oleh : Aimi Sani Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Februari. - Semua generasi Brunei adalah lebih daripada patut untuk mensyukuri Allah dan tidak lupa daratan, setelah mana Negara Brunei Darussalam telah selamat dalam mengharungi sejarah menerusi episod-episod terpenting sehingga

kemerdekaannya pada tahun 1984. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menegaskan demikian ketika menyampaikan Ceramah Perdana bertajuk 'Ilahi Selamatkan

Muka 3

Muka 4

NBD - Kuwait terus kukuhkan hubungan diplomatik

DOA Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Ke-32

Brunei Darussalam' pada Majlis Perhimpunan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32 Tahun Bagi Warga Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Yang Berhormat turut menjelaskan signifikan doa rasmi Doa 'Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam' dan mengulas ungkapan lirik Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan', dengan harapan bahawa doa rasmi itu ada kesannya dalam mewujudkan dan mengekalkan keadaan aman makmur, pemerintahan yang adil berkebajikan yang menjadi ikutan (ditaati), dan raja dan rakyat sentiasa bersatu sehaluan, tidak menaruh syak dan waham terhadap satu sama lain. Bahkan menurutnya lagi, Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dengan liriknya berupa lafaz-lafaz doa itu sama berperanan untuk mengesankan lagi kemantapan Brunei kita ini sebagai sebuah negara berpemerintahan beraja yang berkebajikan. Ke muka 3

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Istiadat Pembukaan Rasmi MMN Ke-12, 5 Mac Siaran Akhbar : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Februari. - Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kedua Belas Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi tahun ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 25 Jamadilawal 1437 Hijrah bersamaan dengan 5 Mac 2016 Masihi bertempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis di Jalan Dewan Majlis. Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kedua Belas MMN akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. MMN Musim Ke-12 ini akan

Faksimile: 2381004

dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib dan dibantu oleh Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar dan Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail. Persidangan MMN pada tahun ini akan memasuki usia 12 tahun bersidang sejak ia diwujudkan semula dan pada tempoh tahun-tahun majlis bersidang, ia telah banyak membincangkan dan membahaskan isu-isu dan persoalan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Di samping itu, persidangan ini juga amat bermakna bagi Negara Brunei Darussalam dalam usaha Ke muka 4

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.