PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“CARA kita mengisi kemerdekaan ini sangatlah istimewa. Kita tidak lupa bersyukur dan berzikir kepada Allah dengan cara sembahyang berjamaah dan sama-sama mengaminkan doa. Inilah amalan negara Melayu Islam Beraja, negara kita.” - Titah Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-30.
“SESIAPA yang membawa kebajikan (pada hari kiamat), maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda dari amalnya.” - (Surah Al An’aam ayat 160).
TAHUN 59 / BILANGAN 120
27 SEPTEMBER 2014 / 1435
2
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
PBB mampu tangani masalah secara kolektif Laporan : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali dari New York, Amerika Syarikat
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan bergambar kenangan bersama Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Barack Obama dan isteri, Mrs. Michelle Obama sejurus sebelum berangkat menghadiri Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat itu sempena Sidang Perbahasan Sesi Perhimpunan Agung PBB Ke-69, di New York. - Foto : Ihsan Official White House. - (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12,13 dan 24).
Negara sokong usaha tangani keganasan NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT, Khamis, 25 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menyatakan sokongan Negara
Muka 3
Muka 4
MERAWAT berasaskan falsafah MIB
MALAM Penghargaan Persidangan Kejururawatan
Brunei Darussalam pada usaha-usaha serantau dan antarabangsa di dalam menangani keganasan. Titah baginda, Negara Brunei Darussalam akan terus ikut serta di dalam inisiatif global seperti dialogdialog antara agama, dialog-dialog antara peradaban bagi menjana kesefahaman, toleransi dan rasa hormat antara masyarakat dunia. Untuk itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah menyeru semua negara untuk berusaha bersepadu untuk memastikan kadar globalisasi yang pesat dan saling berkaitan akan membawa manfaat yang meluas kepada semua masyarakat. Di dalam menjamin aspek yang positif tentang globalisasi, baginda menyeru bagi negara-negara sebagai satu komuniti bekerja dengan rapat. Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT, Khamis, 25 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah melahirkan keyakinan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah organisasi yang terbaik mampu untuk menangani masalah-masalah lama dan baru secara kolektif. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Sidang Perbahasan Sesi Perhimpunan Agung PBB Ke-69 di General Assembly Hall, Bangunan Ibu Pejabat PBB di sini. Terdahulu keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Timbalan Ketua Protokol Jabatan Perhimpunan PBB yang seterusnya menjunjung berangkat ke General Assembly Hall untuk mengambil tempat duduk yang dikhaskan. Berangkat mengiringi Kebawah DYMM ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik. Pada perbahasan tersebut baginda seterusnya bertitah bahawa hari ini merupakan peristiwa yang istimewa kepada baginda secara peribadi dan bagi Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara kerana ia menandakan hari ulang tahun ke-30 keahlian Negara Brunei Darussalam dalam PBB. Ke muka 24
Hari Raya Aidiladha disambut pada 5 Oktober Oleh : Muhammad Arif Matali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 September. - Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Raya Aidiladha Bagi Tahun 1435 Hijriah pada hari Ahad, 10 Zulhijah 1435 Hijriah bersamaan 5 Oktober 2014 Masihi selepas merukyah anak bulan Zulhijah telah tidak sabit kelihatan dan bulan Zulkaedah digenapkan menjadi 30 hari. Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha akan diadakan di seluruh masjid-masjid, surau-surau serta balai-balai ibadah di seluruh negara bermula pukul 7.30 pagi. Sementara itu, majlis keagamaan bagi menunggu hasil merukyah anak bulan Zulhijah 1435 Hijriah telah diadakan di Dewan Teratai, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), di sini. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman hadir sama pada majlis berkenaan. Juga hadir ialah Menteri-Menteri Kabinet, Pehin-Pehin Manteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. Ke muka 24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn