Pelita Brunei - Sabtu 28 Mac 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“DALAM bidang kewangan, semua kementerian dalam kerajaan perlulah terus mengamalkan langkah berjimat cermat di dalam perbelanjaan, iaitu bagi menghadapi keperluan masa depan. Dalam pada itu juga, kita mestilah mensepadankannya dengan pendapatan negara serta mengikut peraturan-peraturan kewangan yang telah ditetapkan.” - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-44 pada 15 Julai 1990.

“DARI Abu Na’amah, bahawasanya Abdullah bin Mughafal mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesungguhnya akan ada dari golongan umat ini kaum yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berlebih-lebihan dalam berdoa.” - (Riwayat Imam Abu Daud).

TAHUN 60 / BILANGAN 37

28 MAC 2015 / 1436

7

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Thailand rakan penting wujudkan sekuriti makanan

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika mengurniakan titah pada Majlis Santap Malam Rasmi meraikan Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-o-cha. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor (Lihat muka 3, 4, 5, 16 dan 17).

Oleh : Aimi Sani, Saerah Haji Abdul Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Mac. - Negara Brunei Darussalam dan Thailand telah menikmati persahabatan yang erat selama lebih 30 tahun sejak kemerdekaan Brunei Darussalam pada tahun 1984. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, warganegara Thailand telah memainkan peranan penting dalam

pembangunan Negara Brunei Darussalam sejak sekian lama sehingga sekarang dan mereka terus menyumbang secara aktif kepada kemajuan negara. Semasa mengurniakan titah pada Majlis Santap Malam Rasmi di Istana Nurul Iman bagi meraikan Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-o-cha, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya bertitah, program pertukaran di antara pegawai-pegawai, sektor swasta dan rakyat kedua-dua buah negara juga mencerminkan kepercayaan dan keyakinan yang dikongsikan di semua peringkat.

“Kerjasama kita meliputi perdagangan dan pelaburan serta pendidikan, di mana pertukaran antara universiti-universiti dan sekolah-sekolah kedua-dua negara memupuk persefahaman yang lebih mendalam tentang sejarah dan budaya masing-masing,” titah baginda. Thailand, titah Kebawah DYMM, juga merupakan rakan penting dalam usaha wujudkan sekuriti makanan Brunei. Selama beberapa dekad, titah baginda, Negara Brunei Darussalam telah mengimport beras dari Thailand dan kini, hampir 90 peratus daripada keperluan beras Negara Brunei Darussalam adalah dari Thailand. Ke muka 24 Ke muka 24

Bahasa Melayu berkembang seiring kepesatan globalisasi Oleh : Haniza Abdul Latif TUNGKU LINK, Rabu, 25 Mac. Sebagai bahasa yang mempunyai sejarah perkembangannya, bahasa Melayu Nusantara akan terus berkembang seiring dengan kepesatan globalisasi dan kecanggihan teknologi. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka

Haji Othman berkata, dengan meningkatkan penggunaannya itu diharap akan memangkin kemajuan berbahasa seperti melalui pembentukan pelbagai variasi bahasa, pengayaan inventori leksikon, perancangan bahasa yang lebih strategik, dan tidak kurangnya ialah pengintegrasian dengan teknologi terutama dalam bidang penyelidikan. Demikian jelas Yang Berhormat pada Dialog Bahasa Melayu Nusantara yang

berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini. “Pada hemat saya, dalam perkara bahasa Melayu kita sudah sebenarnya melimpasi era retorik kebahasaan dan kita sedang berada dalam fasa pengukuhan dan pelastariannya. Misalnya kedudukan persaingan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa asing telah dilihat dan diterima sebagai wajar dalam era globalisasi sekarang ini,” ujar Yang Berhormat.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Ke muka 6

Muka 7

PELAKSANAAN projek penting Kementerian Perhubungan

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.