Pelita Brunei - Sabtu 28 Nov 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''MAKA oleh itu, kenalah kita orang-orang Islam perlu bersikap lebih bijaksana dalam membuat penilaian, dan cara terbaik membuat penilaian itu ialah dengan berpandukan kepada sumber-sumber asal Al-Qur'an dan al-Hadits serta qaul ulama.'' - Titah Sempena Perasmian Majlis Ilmu 2015 sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun pada 27 Muharram 1437 Hijrah / 9 November 2015 Masihi.

''DARI Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya dizalimi.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).

TAHUN 60 / BILANGAN 142

28 NOVEMBER 2015 / 1437

16

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Ashok Kumar Amrohi. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 25 Februari 2014. Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan, Tuan Yang Terutama Dr. Ashok Kumar Amrohi.

Kadar graduan IBTE mendapat pekerjaan meningkat Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 November. - Kadar peratus para graduan yang mendapat pekerjaan setelah menamatkan kursus mereka di institut-institut pendidikan teknik meningkat dari setahun ke setahun. Kajian Pekerjaan yang dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) pada bulan September tahun ini, menunjukkan seramai 71.6 peratus graduan telah mendapat pekerjaan setelah enam bulan menamatkan kursus-kursus mereka dibandingkan hanya seramai 63.8 peratus pada tahun 2012. Manakala seramai 75 peratus mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan program yang mereka ikuti dibandingkan 65 peratus pada tahun 2012. Sementara itu, kajian kepuasan majikan (employers' satisfaction study) yang dikeluarkan pada Julai

tahun ini, menunjukkan bahawa secara keseluruhan 91 peratus majikan telah berpuas hati dengan mutu pekerjaan dan prestasi pelajar-pelajar lepasan IBTE. Data kajian tersebut didedahkan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa Majlis Konvokesyen IBTE Ke-23 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyeru supaya usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan diteruskan dan dirancang dengan teratur, agar ia akan dapat melahirkan lebih ramai graduan yang bukan saja berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif serta bersikap progresif dan berfikiran keusahawanan, akan tetapi mempunyai ciri-ciri, sikap dan

keolahan yang luhur agar dapat mempamerkan keperibadian dan disiplin yang mampu meningkatkan kadar marketability graduan dan memenuhi kehendak majikan. ''Dalam usaha kita untuk terus relevan dan berperanan besar dalam pembangunan negara, pendidikan teknikal perlu melibatkan sektor industri untuk menawarkan program-program yang bersesuaian agar tidak wujud skills gap, iaitu jurang kemahiran di antara apa yang kita hasilkan dan yang diperlukan oleh industri,'' ujar Yang Berhormat. Menurutnya, IBTE merupakan sebuah institusi badan yang berkanun dalam sistem pendidikan di negara ini yang mempunyai autonomi dari segi keperluan kewangan dan sumber tenaga manusia khususnya pengambilan tenaga pengajar.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Yang Berhormat berharap dengan adanya autonomi seperti ini, institut ini akan sentiasa bersifat responsif dalam

memenuhi keperluan dan kehendak industri. Ke muka 5

Muka 16 & 17

PERBAIKI latihan ke arah meningkatkan prestasi

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.