Pelita Brunei - Sabtu 2 April 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''KITA membangun untuk kemakmuran dan dalam masa yang sama juga, kita membina keyakinan diri untuk menjadi hamba yang taat dan rajin beribadat. Kemakmuran dicapai dengan usaha, menggunakan sumber alam kurnia Allah Ta'ala. Daripada sumber alam ini, kita memperolehi minyak dan gas dan daripadanya juga kita mendapat makanan.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1430.

''JADILAH seorang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang jahil.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah al-A'raf, ayat, 199).

TAHUN 61 / BILANGAN 40

2 APRIL 2016 /1437

24

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Ekspo Kebudayaan dan Makanan 2016 BIMP-EAGA

Galakkan pembangunan ekonomi serantau Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Nurul Husnina Nadia Johari Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 Mac. - Ekspo Kebudayaan dan Makanan 2016 'Flavours BIMP-EAGA and Beyond : Culture and Food Expo 2016' yang bermula 30 Mac hingga 3 April 2016 menawarkan pelbagai pameran budaya dan makanan serta koleksi-koleksi hebat pengusaha-pengusaha dari seluruh rantau BIMP-EAGA. Acara yang berlangsung di Airport Mall, Berakas itu disempurnakan perasmiannya oleh Menteri SumberSumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong. Pameran Multikultur yang dianjurkan oleh Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Brunei Darussalam (The Brunei DarussalamBIMP-EAGA Business Council) iaitu kerjasama ekonomi sub-serantau antara Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina ini akan dipenuhi dengan pelbagai

aktiviti-aktiviti menarik dan menyeronokkan serta jualan koleksi hebat dari penjual-penjual dari seluruh rantau BIMP-EAGA. Sejurus pelancaran eskpo, tetamu kehormat juga merasmikan sebuah buku masakan bertajuk 'Spice of Life: Recipes and Remedies' yang mengandungi lebih daripada 80 resepi menggunakan pelbagai herba dan rempah yang mudah didapati, di samping penerangan lebih daripada 50 jenis tumbuh-tumbuhan herba dan bagaimana untuk menggunakannya. Antara acara-acara yang diadakan ialah Pameran Cara 'Menumpah Ambuyat' dari Restoran Aminah Arif, demonstrasi hidangan dari restoranrestoran yang menyertai, Pameran Majlis 'Berbedak' dari Zella Boutique Bridal serta demonstrasi cara 'Ikatan Sinjang' dan 'Lipatan Tanjak' dari The MCYS. Ke muka 2

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa merasmikan Ekspo Kebudayaan dan Makanan 2016 'Flavours BIMP-EAGA and Beyond : Culture and Food Expo 2016'.

Doa Kesyukuran sempena 10 tahun pengkorporatan TelBru Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 1 April. Telekom Brunei Berhad (TelBru) hari ini meraikan ulang tahun ke-10 sejak pengkorporatannya pada tahun 2006 yang lalu. Sehubungan itu, Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Ulang Tahun Ke-10 itu diadakan di Masjid Kampung Mentiri, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah yang juga selaku Pengerusi TelBru. Muka 3

Muka 7

EKSESAIS Hikmat Bersatu V / 2016 nilai keupayaan ABDB

PB berusaha lahirkan pelajar berkepimpinan, berwawasan

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Ke muka 2 TIMBALAN Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah yang juga selaku Pengerusi TelBru menyampaikan barang wakaf kepada Ketua Imam Masjid Kampung Menteri, Awang Haji Makshud bin Haji Malik.

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.