PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''ORANG yang bersyukur dan pandai mengenang jasa adalah orang baik, dan malah Allah sangat menyukai mereka. '' - Titah sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi pada 12 Rabiulawal 1437H bersamaan 23 Disember 2015M.
''DAN janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai alat tipu daya di antara kamu, yang menyebabkan tergelincirnya kaki (kamu) sesudah (ia berdiri) tegak dan kamu akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu telah menghalangi (orang lain) daripada jalan Allah, dan bagi kamu azab yang besar (di akhirat kelak).'' - (Surah An Nahl, ayat 94).
TAHUN 61 / BILANGAN 1
2 JANUARI 2016 / 1437
JABATAN PENERANGAN
21
EDISI SABTU / PERCUMA
Ambil ugama sebagai neraca PETUALANG tidak terbatas kepada penjahat bersenjata sahaja, malah mereka juga menggunakan 'senjata minda' bagi memesongkan manusia. JANGAN memakai yang lain-lain sebagai neraca melainkan ambillah ugama sebagai neraca. GANDAKAN usaha untuk meningkatkan keluaran dalam negara, terutama yang di luar sektor minyak dan gas. PENINGKATAN pertumbuhan ekonomi boleh dicapai dengan memberi keutamaan peningkatan produktiviti, penyelidikan, penggunaan teknologi. JAWATANKUASA Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Industri Hiliran (Downstream Industry) diperkenankan bagi menarik pelabur asing ke negara ini. BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 31 Disember. - Negara Brunei Darussalam tidak boleh lalai atau leka dari berhati-hati atau waspada terhadap situasi-situasi yang tidak menentu, di mana dunia seolah-olah sebuah pentas tempat bertelagah. Semua ini merupakan duri bagi keamanan dan ketenteraman yang tidak lain berpunca dari anasir dan petualang zaman. Demikian titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Awal Tahun Baharu Masihi 2016 yang berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini. Titah baginda, anasir dan petualang itu tidak terbatas kepada penjahat-penjahat bersenjata sahaja, malah mereka itu juga menggunakan senjata minda berupa pemikiran-pemikiran atau idea-idea yang boleh memesongkan manusia. Ke muka 3
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah sempena Menyambut Awal Tahun Baharu Masihi 2016 di Istana Nurul Iman. - Foto : Masri Osman.
Gandakan usaha tingkat ekonomi Oleh : Hajah Zabaidah Haji Salat, Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Masri Osman
Muka 5
Muka 6
ABDUL Rahman juara Membaca Teks Khutbah
MPP UBD 2015 / 2016 didedahkan konsep kepimpinan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 31 Disember. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam akan terus bergerak ke arah pertumbuhan ekonomi yang mantap dan berdaya saing. Perkara ini penting, titah baginda, memandangkan
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
kepada cabaran yang amat hebat yang berbangkit dari keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, dan melihat daripada prestasi ekonomi negara kita sendiri ketika ini, di mana beberapa tahun kebelakangan, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah agak perlahan, yang memerlukan negara menggandakan usaha untuk meningkatkan keluaran dalam negara, terutama yang di luar sektor minyak dan gas. Di antara bidang-bidang yang di luar sektor minyak dan gas itu, titah baginda, ialah seperti sektor pertanian atau perikanan, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, termasuk perkhidmatan kewangan, pengangkutan, logistik, telekomunikasi, perdagangan, pelancongan dan lain-lain. Ke muka 3
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn