Pelita Brunei - Sabtu 2 Mei 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“TURUT termasuk, ialah usaha bersepadu kerajaan bagi memastikan keselamatan makanan kita bebas dari pencemaran racun dan bahan-bahan yang membahayakan, demi semata-mata untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk jua.” - Titah Sempena Awal Tahun Baru Masihi 2011.

“HARTA dan anak-pinak itu ialah perhiasan kehidupan dunia dan amalan-amalan soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhan Mu dan lebih baik menjadi harapan untuk kebahagiaan hidup di akhirat.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Kahfi ayat 46).

TAHUN 60 / BILANGAN 52

2 MEI 2015 / 1436

13

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Baca, fahami isi kandungan Al-Qur'an Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Hamzah Mohiddin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan piala pusingan kepada johan qari, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. - Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman (Lihat muka 12 & 13).

Perkasa diri dengan ilmu dan kemahiran Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 April. - Persidangan Tahunan Profesional Pentadbiran dan Setiausaha Eksekutif setiap tahun menekankan dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pembangunan kemahiran profesional pentadbiran dan profesionalisme yang merupakan dua elemen penting bagi sektor awam dan swasta. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pemangku Menteri

Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bersabda, persidangan tersebut sememangnya mempunyai pengiktirafan tinggi dalam peranannya, ia kekal sebagai tulang belakang organisasi, menjadikan operasi hari demi hari berjalan lancar, dengan cara yang teratur sepenuhnya termasuk tanggungjawab semasa panggilan bertugas. “Selagi kita hidup dalam dunia yang semakin maju, adanya kebimbangan bahawa perkembangan komputer, telefon pintar serta perkakasan dan perisian elektronik yang lain akan

mengurangkan peranan profesional pentadbiran,” sabda Yang Teramat Mulia semasa merasmikan Persidangan Tahunan Profesional Pentadbiran dan Setiausaha Eksekutif Kali Keempat, 2015 berlangsung di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel & Country Club, di sini. Sabda YTM, walaupun gadget dan alat pejabat telah berkembang maju secara mendadak, kita masih memerlukan komitmen dan sentuhan para profesional yang mana ianya faktor manusia, emosi dan interaksi bersemuka dan adanya perbezaan di tempat kerja.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Ke muka 4

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, Al-Qur’an diturunkan oleh Allah kepada Nabi kita, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, selaku kitab terakhir yang turun ke dunia ini. Ia adalah sangat suci dan agung, sehingga dengan membacanya sahaja pun sudah dikira satu ibadat besar, pahalanya sangat lumayan di sisi Allah. Demikian titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah, selain dari membaca juga telah menjadi keutamaan ialah memahami isi kandungannya. “Maka untuk itu kerajaan beta, melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengungkayahkan Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahannya (Edisi lengkap 30 Juzu') yang telah dilancarkan pada tahun 2014, bagi tujuan, supaya orang-orang Islam di negara ini dapat menggunakannya sebagai rujukan bagi memahami isi kandungan Al-Qur'an,” titah baginda. Ke muka 24

Sambutan bersepadu Hari Keluarga Kebangsaan 3 Mei ini Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 April. - Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) yang diadakan pada setiap hari Ahad pertama bulan Mei akan disambut pada 3 Mei ini dengan secara bersepadu melibatkan penyertaan semua peringkat masyarakat. Pemangku Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dayang Hajah Zaharah binti Haji Abdul Razak dalam sesi wawancara menjelaskan lebih lanjut penglibatan HKK 2015 sama ada agensi kerajaan, institusi-institusi tinggi, pihak swasta, NGOs, badan-badan korporat, persatuan-persatuan sukarela serta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung. Katanya, sambutan tahun ini akan bermula pada 2 Mei 2015, dengan mengadakan acara keugamaan, iaitu Sembahyang Maghrib dan Isyak Berjemaah, membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil beramai-ramai di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang dan masjid-masjid utama setiap daerah. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.