Pelita Brunei - Sabtu 30 April 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''PRINSIP ini kita pegang, selaras dengan ajaran agama kita sendiri, yang menghendaki umatnya supaya saling berkenalan dengan semua bangsa dan kaum di dunia. Namun perkenalan itu hendaklah diikat oleh prasyarat 'hormat-menghormati'. Dalam erti kata, kita menghormati sahabat dan sahabat juga menghormati kita.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Baharu Masihi 2010.

''ORANG-orang yang layak mengimarahkan masjid-masjid Allah itu hanyalah mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mendirikan sembahyang dan membayar zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah. (Dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka mudah-mudahan mereka termasuk dalam golongan yang mendapat petunjuk.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah at-Taubah, ayat 18).

TAHUN 61 / BILANGAN 52

30 APRIL 2016 /

1437

22

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Akademi Pertahanan pelaburan besar negara Oleh : Aimi Sani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas TANAH JAMBU, Khamis, 28 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertitah mengingatkan Pegawaipegawai Kadet untuk sentiasa peka dengan perkembangan geo-strategik dan geo-ekonomik yang melibatkan pertahanan negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yakin bahawa Pegawai-pegawai Kadet yang menamatkan latihan pada hari ini adalah mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang lebih besar dari apa yang pernah dilalui oleh mereka sebelum ini. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sekolah Pegawai Kadet mempunyai peranan besar dalam melatih, mendidik dan membimbing Pegawai-pegawai Kadet. ''Latihan adalah dihasratkan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin tentera yang berkebolehan dan berilmu yang dapat menangani tugas dengan baik dan malah yang lebih dari itu, mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran akan datang,'' titah baginda pada Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-14, Sekolah Pegawai Kadet yang berlangsung di Padang Kawad, Akademi Pertahanan (AP) ABDB, Tanah Jambu, di sini. Keupayaan dan keprihatinan mereka itu, titah baginda, tidak syak lagi dapat membantu pihak atasan dalam membuat keputusan-keputusan dasar secara lebih efektif dan cekap bagi pertahanan dan keselamatan negara.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-14, Sekolah Pegawai Kadet di Padang Kawad Akademi Pertahanan ABDB yang baharu di Tanah Jambu. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lihat muka 3, 4, 12 dan 13).

Ke muka 3

HKK menyuntik semangat kekeluargaan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 April. - Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) pada hari Ahad pertama bulan Mei setiap tahun adalah untuk menoleh ke belakang dan meninjau ke hadapan perjalanan agenda pengukuhan institusi keluarga. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menjelaskan demikian pada Wawancara Khas Sempena HKK 2016 yang berlangsung di Bangunan KKBS, di sini. Menurut Yang Berhormat, Sambutan HKK Tahun 2016 dimulai

dengan Majlis Kesyukuran pada 30 April ini, hari Sabtu (malam Ahad) di kesemua masjid seluruh negara dengan penumpuan beberapa buah masjid di setiap daerah bagi memanjatkan doa agar keluarga, masyarakat dan negara sentiasa dalam peliharaan Allah Subhanahu Wata'ala. ''Pada 1 Mei akan diadakan Ceramah Perdana Pengukuhan Institusi Keluarga oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan di Teater Utama, Jabatan Perdana Menteri. Antara

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

jemputan ialah belia-belia. Belia-belia harus memahami bahawa mencipta keluarga yang bahagia, tenang dan berkasih sayang adalah merupakan salah satu tujuan pernikahan,'' ujar Yang Berhormat. Jelas Yang Berhormat, keesokannya akan diadakan penyampaian cenderahati kepada anak-anak damit yang lahir pada 1 Mei 2016 dan acara ini simbolik kepada orang tua menjalankan kewajipan dan hak sebagai suami dan isteri dengan baik. Yang Berhormat seterusnya berkata, pada hari Selasa, 3 Mei Majlis Perhimpunan Keluarga Mawaddah diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dan Pusat Insani, Seria yang mana panel-panel dalam majlis ini mengupas pengertian keluarga mawaddah yakni keluarga

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

berkasih sayang dan jemputan berpeluang menjana idea bagi mengatasi isu dan masalah. ''Sambutan HKK 2016 menandakan bermulanya kitaran baru aktivitiaktiviti keluarga tahun 2016 / 2017 yang mendukung inisiatif kerajaan. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat menyeru seluruh keluarga hadir pada Majlis Kesyukuran. Bagi mereka yang dijemput ke Ceramah Perdana Pengukuhan Institusi Keluarga dan Majlis Perhimpunan Keluarga Mawaddah rebutlah peluang ini untuk mendapatkan pengetahuan. Dalam hubungan yang sama Yang Berhormat menyeru segenap lapisan keluarga, masyarakat dan orang ramai menganjurkan acaraacara persendirian sepanjang tahun

Faksimile: 2381004

2016 / 2017 kerana keberhasilan inisiatif ini banyak bergantung kepada whole of society approach. Ke muka 8

Muka 5

YTM menyempurnakan penyerahan sumbangan

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 30 April 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu