Pelita Brunei - Sabtu 30 DIS 2017

Page 1

''DAN mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak juga bakhil dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka itu adalah sederhana antara kedua-duanya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Isra, ayat 27).

''TURUNKAN kepada generasi demi generasi. Suntik semangat mereka untuk menggemarinya, dan bangunkan jiwa-jiwa yang lesu sekiranya ada, untuk sama-sama membina sejarah ini, sehingga tidak akan ada lagi - walau sekeratpun dari kalangan anak bangsa yang menganggapnya basi.'' - Titah Sempena Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1431 Hijrah / 2010 Masihi (Malam Kedua)

4.54

TAHUN 62 / BILANGAN 156

4.04

6.27

30 DISEMBER 2017 / 1439

6.52

12.24

12

3.46

6.18

7.33

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Tinjau sekolah terjejas banjir di Daerah Temburong Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan

TEMBURONG, Khamis, 28 Disember. Hujan lebat yang melanda negara beberapa hari yang lalu akibat ribut tropika Kai-Tak telah mengakibatkan kejadian banjir di sebahagian kawasan Daerah Temburong, yang turut menjejaskan beberapa buah sekolah di daerah berkenaan. Sehubungan itu Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berserta rombongan telah membuat lawatan pemantauan ke beberapa buah sekolah di daerah berkenaan yang terjejas dengan kejadian banjir, iaitu Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Sekolah Rendah Puni dan Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi meskipun banjir di kawasan-kawasan berkenaan sudah mulai surut. Turut hadir menyertai rombongan lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Ke muka 3

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berserta rombongan semasa melihat secara lebih dekat buku-buku yang terjejas akibat banjir di Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar, Daerah Temburong.

Dua hektar tanah diberi bagi skim Brunei GAP Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

Muka 4

Muka 5

DUA syarikat terima sijil pengiktirafan

YES Letop 2017 tawarkan pelbagai produk, hadiah menarik

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

TUTONG, Rabu, 27 Disember. Amalan Pertanian Baik Brunei (Brunei Good Agricultural Practice - Brunei GAP) adalah teknik atau sistem penanaman yang bersepadu dengan menggunakan pelbagai teknik bertanam untuk meningkatkan produktiviti ladang ke arah menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat. Demikian dijelaskan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong ketika ditemu bual di Kawasan Kemajuan Pertanian Sinaut Tutong, di sini. Yang Berhormat berharap, untuk melihat perkembangan yang lebih pesat daripada hasil pertanian tersebut. Mereka yang benar-benar serius dan berjaya, jelas Yang Berhormat, akan dapat menunjukkan bukti mengeluarkan hasil produk tanaman mereka dalam masa enam bulan, 12 bulan dan 18 bulan.

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

"Kerajaan telah berusaha untuk memastikan kepada mereka yang benar-benar berkelayakan dan berminat untuk memasarkan dagangan mereka dari segi pertanian dan memperkembangkan ladang-ladang, akan diberi peluang dengan diberikan tanah seluas sekurang-kurangnya dua hektar sebagai projek rintis," ujar Yang Berhormat. Yang Berhormat menambah, yang penting ladang tersebut adalah benar-benar berhasil mengeluarkan produk-produk tanaman untuk tujuan menyimpan tanah saja. Ke muka 4

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 30 DIS 2017 by Putera Katak Brunei - Issuu