Pelita Brunei Sabtu 30 Jan 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''OLEH itu, kita umat Islam mahu balik semula bertamadun dan berdaulat, maka tidak ada cara lain, melainkan mereka mesti kembali kepada Al-Quran. Pelajarilah Al-Quran, baca ia, dan ambil inti pati pengajarannya serta laksanakan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1432 Hijrah / 2011 Masihi.

''MAKA sesiapa yang mengerjakan kebaikan sekalipun seberat zarah, nescaya dia akan melihat ganjarannya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sekalipun seberat zarah nescaya dia akan melihat balasannya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Az Zalzalah, ayat 7 - 8).

TAHUN 61 / BILANGAN 13

30 JANUARI 2016 / 1437

20

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

DYTM berkenan menerima mengadap

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang baharu ke Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Haji Na'aim bin Md. Salleh (kiri), sementara gambar kanan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap secara berasingan Pesuruhjaya Tinggi India yang baharu ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick.

Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Januari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Para graduan perlu berdikari, berdaya tahan

Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota juga berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Luar Negara yang baharu ke Negara Brunei Darussalam. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezan. Mula-mula mengadap ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang baharu ke Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Haji Na’aim bin Md. Salleh.

Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit TUNGKU LINK, Khamis, 28 Januari. -Para graduan perlu memiliki nilai jati diri yang tinggi dan sifat seorang pekerja yang baik bagi memberikan keyakinan kepada majikan untuk diambil bekerja. ''Nilai-nilai tersebut perlu ada untuk membina keyakinan kepada pelanggan atau stakeholder dengan berpaksikan kepada falsafah negara kita, Melayu Islam Beraja (MIB),'' jelas Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei Kedua, Tahun 2016 di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini. Menurutnya, Politeknik Brunei perlu mewujudkan satu platform yang mampu mengasuh para pelajar untuk menjadi warganegara yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan dengan memastikan konsep MIB sebagai asas utama. Walaupun Politeknik Brunei baru mencapai lima tahun namun ia telah berjaya mengangkat namanya sebagai institusi penyedia pendidikan tinggi di Negara Brunei Darussalam. Ke muka 3

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Tuan Yang Terutama pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. TYT Haji Na'aim bin Md. Salleh telah menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam pada 23 Januari 2016. DYTM seterusnya berkenan menerima mengadap secara berasingan Pesuruhjaya Tinggi India yang baharu ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick. Puan Yang Terutama pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak India ke Tunisia. PYT telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Januari 2016.

Pertukaran, kenaikan pangkat pegawai kanan Siaran Akhbar Jabatan Perkhidmatan Awam

Muka 4 TABUNG Dana Pembinaan Masjid dapat sambutan

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Januari. - Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Pengarah Perkhidmatan Air di Jabatan Kerja Raya (JKR), Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria ditukar dan dilantik sebagai Pengarah Kemajuan Perumahan di Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan mulai 10 Mac 2015. Penolong Pengarah Perkhidmatan Air di Jabatan Perkhidmatan Air, JKR, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Saliran dan Pembetungan di Jabatan Saliran dan Pembetungan, JKR, Kementerian Pembangunan mulai 10 September 2014. Sementara Jurutera Air Kanan di Jabatan Perkhidmatan Air, JKR, Dayang Lim Sui Kau Alice dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Perkhidmatan Air di Jabatan Perkhidmatan Air, JKR, Kementerian Pembangunan mulai 10 Mac 2015.

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.