PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“APA pun bentuk perubahan atau inovasi dalam pembelajaran, tidaklah ada apa-apa sebarang halangan, dengan syarat, ianya hendaklah terbit dari acuan berpaksikan MIB. Ini penting, untuk menjadikan para guru itu mencapai 'Kualiti tulen Brunei' yang sebenar-benarnya.” - Titah Sempena Hari Guru Ke-23 Tahun 1434H / 2013M.
“INGATLAH ketika pemuda-pemuda itu berlindung di dalam gua lalu mereka berdoa: “Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakan bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Kahfi ayat 10).
TAHUN 59 / BILANGAN 108
30 OGOS 2014 / 1435
4
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Tingkat prestasi latihan, pembelajaran Akademi Pertahanan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Ogos. - Akademi Pertahanan perlu terus mempertingkatkan prestasi latihan dan pembelajaran untuk memenuhi misi dan visi penubuhannya, yang mana langkah-langkah peningkatan itu perlu diteliti sehalusnya supaya ia benar-benar selaras dengan aspirasi negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertitah, perkara itu juga turut berkaitan dengan Sekolah Pegawai Kadet dalam usahanya untuk memantapkan kepimpinan, melalui pembentukan ‘Leadership Model’Pegawai Tentera. Bertitah pada Upacara Sovereign’s Parade Pengambilan Ke-11 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, ABDB di Padang Kawad, Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, ABDB, Perkhemahan Sungai Akar, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya menegaskan, usaha itu cukup relevan kerana kepimpinan adalah penentu bagi keberkesanan institusi pertahanan. Terdahulu dari itu, baginda bertitah merakamkan ucapan tahniah kepada 17 orang Pegawai Kadet Pengambilan Ke-11 yang telah menjalani latihan intensif mereka selama 42 minggu yang boleh dianggap berani menyahut cabaran dan telah meletakkan impian mereka untuk menjadi pegawai tentera di dalam ABDB. Ke muka 24 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan mengurniakan Anugerah Pedang Kehormatan (Sword of Honour) kepada 50578 Pegawai Kadet Mohd. Qamarulariffin bin Haji Ramli. - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).
PKBN perlu penambahbaikan Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 Ogos. - Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) memerlukan penambahbaikan secara berterusan mengikut keadaan semasa dan keperluan negara. Sebuah buku panduan pelatih PKBN telah dicetak dan diagihkan
kepada para pelatih yang bertujuan untuk memberikan kefahaman terperinci mengenai perkara yang dilarang keras. Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Awang Haji
Muka 5
Muka 6
PERHIMPUNAN Khas Hari Raya 2014 ISB
PPPBD sambut Hari Kemasyarakatan Ke-5
Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar, selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran PKBN Pengambilan Ketiga yang berlangsung di Dewan Makan Perkampungan Sukan. Sikap buli-membuli, bergaduh, tatacara atau peraturan, jelasnya, adalah perkara-perkara yang ada di dalam buku panduan. “Satu lagi pembaharuan yang telah diperkenalkan ialah penandatanganan surat perjanjian antara KKBS dengan para ibu bapa atau penjaga pelatih berhubung dengan penyertaan pelatih dalam latihan PKBN ini,” jelasnya. Menurutnya, surat perjanjian ini adalah bagi memastikan para pelatih akan menamatkan latihan dan tidak menarik diri tanpa sebab yang diterima. Pengambilan kali ketiga ini, katanya, walaupun hanya bilangan agak sedikit terdapat beberapa para ibu bapa telah berusaha bersungguhsungguh untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan di saat akhir bagi membolehkan anak-anak mereka menyertai program tersebut. Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Berangkat ke pembukaan rasmi Forum Global UNAOC Ke-6 NUSA DUA, BALI, REPUBLIK INDONESIA, Jumaat, 29 Ogos. Republik Indonesia menjadi tumpuan dunia semasa berlangsungnya Forum Global Pakatan Ketamadunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAOC) Keenam selama dua hari di Pusat Konvensyen Nusa Dua Bali (BNDCC), di sini. Ke muka 4
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn