''WAHAI manusia! Makanlah (makanan) daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi kamu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168).
''OLEH itu, marilah kita sama-sama menginsafi akan kepentingan akidah dan sekali gus menyedari akan rahsia amal soleh sebagai jambatan menuju keredaan Allah di dunia dan di akhirat. Maka dengan itu, sentiasalah kita berawas dari terjebak kepada penyelewengan akidah.'' - Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baharu Hijrah 1439 pada 1 Muharam 1439 Hijrah / 21 September 2017 Masihi.
4.41
TAHUN 62 / BILANGAN 117
4.51
6.08
30 SEPTEMBER 2017 / 1439
6.30
12.11
9
3.23
6.13
7.22
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM penuh gilang-gemilang Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 29 September. - Ke arah membarigakan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, Jabatan Perdana Menteri mengadakan Sidang Media mengenai sambutan tersebut di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Jalan Perdana Menteri, di sini. Berangkat dan hadir pada Sidang Media berkenaan ialah Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. Ke muka 3
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta.
Kemuncak Jubli Emas bersiap siaga Oleh : Hajah Zabaidah Haji Salat
Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta
5 15 Hari Lagi Hari Lagi
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 29 September. Sambutan Perayaan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta hanya tinggal beberapa hari lagi, iaitu pada Khamis, 5 Oktober depan. Dalam suasana negara sedang bersiap siaga bagi acara kemuncak tersebut, sudah setentunya persediaan-persediaan bagi menyemarakkannya telah tersedia atau titih dan lutanan oleh pelbagai Ahli Jawatankuasa sebagaimana yang dihasratkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia agar perayaan ini diadakan secara
E-mel E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn pelita.brunei@information.gov.bn
bersederhana dan penuh sejarah serta dengan penuh adat istiadat kebesaran diraja. Sambutan yang julung-julung kali diadakan juga setentunya dinanti-nantikan oleh segenap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini, terutama generasi muda yang belum pernah menyaksikan upacara-upacara sambutan seperti ini, seperti perpuspaan Kebawah DYMM pada 1 Ogos Tahun 1968 dan Sambutan Jubli Perak baginda pada 5 Oktober Tahun 1992. Keterujaan dan debaran sudah setentunya amat terasa, terutama sama-sama meraikan dan menyaksikan sambutan tersebut dengan penuh rasa syukur dan tawaduk agar hari yang penuh bersejarah, bermakna dan gilang-gemilang itu akan mewarnai suasana negara.
Kibar bendera sempena Sambutan Jubli Emas Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 September. Bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dan bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan, sukacita rakyat dan penduduk negara ini supaya akan
sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunanbangunan pejabat serta perniagaan mulai Ahad, 1 Oktober 2017 hingga Selasa, 31 Oktober 2017. Dalam hubungan ini, Pengiran-Pengiran dan orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam.
Ke muka 5
Hotline : 2382891 / 2383400 Smb. : 217
Faksimile : 2381004
Layari Laman Web : www.pelitabrunei.gov.bn