Pelita Brunei - Sabtu 31 Jan 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KEUPAYAAN kerajaan untuk merancang dan melaksanakan projek-projek kemajuan yang baharu, di samping mengekalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang lazim di bidang pendidikan, perubatan dan kesihatan serta bidang-bidang sosial lainnya, adalah bergantung kepada kedudukan pendapatan negara dan juga kepada kelicinan pentadbiran kerajaan dengan cara pengurusan yang penuh bertanggungjawab.” - Titah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-6 pada 23 Februari 1990.

“WAHAI orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip (mencari-cari kesalahan) orang.” - (Surah Al Hujuraat, ayat 12).

TAHUN 60 / BILANGAN 13

31 JANUARI 2015 / 1436

10

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

AMM Retreat bincang pelaksanaan keputusan sidang

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bergambar ramai bersama Menteri-Menteri Luar ASEAN sejurus sebelum Mesyuarat Retreat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) yang berlangsung di Magellan Sutera Harbour Resort , Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Mohd. Said (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 3).

Kelahiran Nabi Muhammad bawa rahmat kepada dunia Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 30 Januari. - Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned berkata, sebelum kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dunia ini penuh dengan kegelapan dan setelah kedatangan Baginda, dunia bertukar menjadi terang-benderang. Katanya, sebelum kelahiran Baginda dunia ini penuh dengan kezaliman dan perhambaan, tetapi setelah kedatangan Baginda, keadilan tersebar merata-rata dan perhambaan dengan sendirinya berkubur. Tegasnya, adalah dusta membabitkan Nabi dengan sebarang kejahatan atau jenayah. Yang Berhormat menyatakan perkara tersebut dalam ceramah Kuliah Bersama Mufti yang diadakan di Masjid Kampung Pintu Malim, Jalan Kota Batu, di sini. "Kalau ada orang gila perang, maka itu adalah orang, bukan Nabi. Tidak ada kena-mengenanya dengan Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Jika ada orang melakukan jenayah, maka itu adalah orang, bukan Nabi. Tidak ada kaitannya sama sekali dengan Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan malah tidak ada kena-mengena langsung dengan Islam agama Allah," tegas Mufti Kerajaan. Ke muka 24

FDI pemangkin pertumbuhan ekonomi BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Januari. - Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB), menerima lawatan rombongan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang bertujuan meninjau pelbagai inisiatif dan projek yang dilaksanakan oleh LKEB dalam usahanya untuk membangun dan mempelbagaikan ekonomi negara ke arah merealisasikan Wawasan Negara 2035. Mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat MMN di Bangunan Design and Technology, Anggerek Desa Technology Park di sini ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong yang juga selaku Pengerusi LKEB dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LKEB, Dayang Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah LKEB. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali dalam ucapannya

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Masri Osman menjelaskan, melaksanakan dan skim

LKEB telah pelbagai inisiatif serta perancangan

lain bagi mendukung visi misi LKEB. Ke muka 24

Muka 4

Muka 5

PESTA Pengguna peluang PKS berkembang

SEMBAHYANG Sunat Hajat mohon perlindungan bencana banjir

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn

dan


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 31 Jan 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu