''WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah harta kamu dan anak-anak melalaikan kamu daripada mengingati Allah dan sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Munafiquun, ayat 9.
''DALAM Perkhidmatan Awam, kita dikehendaki berfikiran terbuka untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dan juga bersikap proaktif untuk memperolehi kecemerlangan.'' - Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-23 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 5 Safar 1428 Hijrah / 23 Februari 2007 Masihi.
5.06
TAHUN 63 / BILANGAN 15
5.16
6.36
3 FEBRUARI 2018 / 1439
7.00
12.35
17
3.56
6.32
7.43
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Majlis Mengangkat Sumpah Kabinet Baharu Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Februari. - Majlis Mengangkat Sumpah Kabinet Baharu bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab negara untuk tempoh lima tahun berlangsung di Istana Nurul Iman. Majlis dilangsungkan di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Surat Perintah Lantikan dibacakan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat Lantikan kepada paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah.
Ke muka 3
Pindaan Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya (Penggal 18) Siaran Akhbar : Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Februari. - Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya diperkenalkan pada tahun 1954 dan berkuat kuasa sejak tahun 1955. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena Awal Tahun Masihi 2018 pada 1 Januari yang lalu telah mengurniakan perkenan bagi pindaan pada Akta Pencen Umur
Tua dan Hilang Upaya khususnya pengurniaan Pencen Hilang Upaya yang pada masa ini dikurniakan kepada rakyat dan penduduk tetap negara ini yang berkelayakan dan berumur 15 tahun ke atas, untuk dilaratkan kepada rakyat dan penduduk tetap negara ini yang berumur di bawah 15 tahun, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 Masihi bersamaan 14 Rabiulakhir 1439 Hijrah. Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan bagi
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
melaksanakan Akta Pencen Umur Tua dan Hilang Upaya, sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa pengurniaan Pencen Hilang Upaya bagi rakyat dan penduduk tetap negara ini bermula sejurus mendapat pengesahan kurang atau hilang upaya daripada Pegawai Perubatan Kerajaan dan akan digelar sebagai 'Elaun Kurang Upaya'. Khususnya bagi kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah yang berstatus penduduk tetap, pengurniaan Elaun Kurang Upaya ini akan hanya dihulurkan kepada mereka yang stateless yang lahir di Negara Brunei Darussalam sahaja. Ke muka 21
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 6
Muka 8
SERAH terima tugas Pemerintah TDDB
PELANTIKAN ahli baharu Persatuan Persahabatan Brunei - China
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn