Pelita Brunei - Sabtu 3 Jan 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BETA ingin mengingatkan di sini iaitu bagi memastikan jentera pentadbiran kerajaan supaya sentiasa berjalan dengan lancar dan teratur adalah penting bagi semua kementerian dan juga jabatan-jabatan di dalamnya akan sentiasa bekerja erat dan rapat di antara satu dengan yang lain, dan saling faham-memahami akan peranan dan tugas masing-masing.” - Titah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-42 Tahun pada 15 Julai 1988.

“ORANG yang bakhil ialah orang yang apabila disebut namaku di hadapannya, maka dia tidak berselawat kepadaku.” - (Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam).

TAHUN 60 / BILANGAN 1

3 JANUARI 2015 / 1436

12

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Kumpul amalan bekalan akhirat Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Januari. - Pada dalam zaman serba sibuk ini, walaupun sesuatu amal soleh itu mudah untuk dibuat, seperti berselawat, tetapi sangat senang pula ia dicicirkan disebabkan oleh kesibukan-kesibukan yang membungkus manusia. Tegasnya, manusia hari ini sudah kurang tertarik dengan pahala, berbanding dengan keseronokan dunia. Apa yang berkilauan di mata itulah yang diutamakan, sedang janji akhirat yang belum nampak, tidak dapat mengusik hati mereka. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah berharap, di saat-saat

penuh berkat memperingati Maulidirassul ini, kesedaran umat Islam hendaklah akan lebih kuat dan bertambah untuk mengamalkan suruhan-suruhan ugama, dari yang wajib sampai kepada yang sunat. “Hanya dengan cara ini sahaja kita akan dapat mengumpul bekalan untuk akhirat kita. Lagi banyak kita beramal, lagi besar harapan untuk kita dapat menjawat ganjarannya di akhirat kelak,” titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1436 Hijrah, di Istana Nurul Iman. Terdahulu dari itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana negara dapat

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bertitah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi pada hari Jumaat, 12 Rabiulawal 1436H bersamaan 2 Januari 2015 Masihi. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah.

bersama-sama menyambut Maulidirrasul, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang sudah tentu akan membawa kepada keberkatan kepada kita dan negara. Menurut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, menyambut Maulidirrasul merupakan tradisi yang terus-menerus berkembang di sepanjang zaman bagi mengenang

seorang Nabi dan Rasul dan penyelamat kepada dunia dan umat manusia. “Allah Subhanahu Wata’ala telah menyifatkan Baginda sebagai rahmat bagi seluruh alam, sama ada alam itu terdiri daripada manusia atau haiwan atau flora dan fauna atau makhluk yang tidak kelihatan atau tumbuhtumbuhan, semuanya itu sama-sama

mendapat rahmat dengan kelahiran Baginda ke alam maya ini,” titah Kebawah DYMM. Sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah di atas kurnia-Nya mendatangkan rahmat, Kebawah DYMM menekankan sewajarnyalah rahmat itu kita tatang, kita hormati dan cintai dengan sepenuh jiwa dan raga kita. Ke muka 24

Kukuhkan lagi Akta Pendidikan Wajib Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Azmah Haji Ahad LONDON, UNITED KINGDOM, Rabu, 31 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, Kementerian Pendidikan menetapkan sasaran yang tinggi dengan sekurang-kurangnya 90 peratus

daripada pelajar akan mendapat gred ‘A’ hingga ‘C’ dalam Penilaian Sekolah Rendah tahun 2017. Dalam masa yang sama, baginda berharap usaha tersebut akan dapat membantu semua murid-murid di peringkat tersebut untuk memperolehi kejayaan yang lebih baik. “Bagi maksud ini, penguatkuasaan Akta Pendidikan Wajib, patutlah dikukuhkan lagi. Dengan cara ini, diyakini akan dapat membantu

melahirkan generasi yang lebih berdisiplin dan dinamik,” titah baginda Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2015 di Kensington Palace Garden, London, United Kingdom. Terdahulu dalam titah baginda, dengan memasuki Tahun Masihi 2015, negara adalah semakin hampir kepada tempoh sasaran Wawasan Negara 2035 dan dalam kira-kira 20 tahun itu, bukanlah satu tempoh yang lama. Negara, titah baginda, tidak mempunyai banyak ruang untuk berlengah-lengah lagi dan mesti ada sikap dan pemikiran yang lebih progresif. Ke muka 24

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Muka 5

Muka 7

MANGSA rumah roboh terima bantuan

BINCANG pelbagai isu tingkatkan kemajuan

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.