PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''MATLAMAT kita ialah melahirkan generasi berugama dan progresif. Maka untuk tujuan ini, tidak diragukan lagi, turut diperlukan ialah guru-guru berwawasan, yang memiliki ciri-ciri kepimpinan berkesan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Ke-25 Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.
''ORANG-ORANG yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan (daripada bencana) dan mereka mendapat hidayat.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-An'aam, ayat 82).
TAHUN 60 / BILANGAN 118
3 OKTOBER 2015 / 1436
19
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Berangkat hadiri Majlis Resepsi NEW YORK, Isnin, 28 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menghadiri Majlis Resepsi bagi Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan yang hadir bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Sesi Ke-70. Majlis Resepsi tersebut dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Barack Obama dan isteri, Puan Michelle Obama. Majlis Resepsi tersebut berlangsung di Hotel Lotte New York Palace, New York, Amerika Syarikat. Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke PBB, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Resepsi bagi Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan yang hadir bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi Ke-70 dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Barack Obama dan isteri, Puan Michelle Obama, berlangsung di Hotel Lotte New York Palace, New York, Amerika Syarikat. - Foto Rasmi Rumah Putih oleh Lawrence Jackson.
NBD sokong masyarakat a'bangsa cegah keganasan NEW YORK, Rabu, 30 September. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Sidang Perdebatan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Sesi Ke-70. Sidang Perdebatan Umum tersebut berlangsung di General Assembly Hall, Ibu Pejabat PBB, New York, Amerika Syarikat. Semasa sidang Perdebatan Umum berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bagi mengurniakan titah. Kebawah DYMM mula-mula bertitah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Mogens Lykketoft, mantan Speaker
Parlimen Denmark, atas pelantikan beliau sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-70. Baginda juga merakamkan penghargaan kepada bekas Presiden Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-69, Tuan Yang Terutama Sam Kutesa, Menteri Bagi Hal Ehwal Luar Negeri Uganda atas sumbangan Tuan Yang Terutama terhadap usaha-usaha PBB. Baginda juga menghargai Tuan Yang Terutama Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB atas kepimpinan berwibawa Tuan Yang Terutama, dan juga kepada agensi-agensi PBB atas penglibatan aktif dengan negara-negara ahli PBB. Ke muka 3
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Muka 4 YANG Di-Pertua MMN terima kunjungan muhibah
Muka 5 PUPUK etos inovasi, keusahawanan kalangan mahasiswa UBD
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn