Pelita Brunei - Sabtu 4 April 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BETA tidak mahu kepincangan ini cuma untuk disebut-sebut saja, tetapi yang lebih penting adalah usaha mengatasinya. Ia tidak boleh ditunda-tunda atau ditangguh-tangguhkan lagi. Ini adalah penyakit dan setiap penyakit memerlukan rawatan.” - Titah pada Majlis Bersama Pelajar-Pelajar dan RakyatNegara Brunei Darussalam Di Australia pada 20 Jamadilakhir 1434 Hijrah bersamaan 1 Mei 2013 Masihi.

“DARI Ma’qal bin Yassar, dia berkata: telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai.” - (Riwayat Imam Abu Daud).

TAHUN 60 / BILANGAN 40

4 APRIL 2015 / 1436

14

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Berkenan menerima mengadap Setiausaha CPC Komiti Guangxi Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Setiausaha Parti Komunis China (CPC) bagi Komiti Guangxi dan Pengerusi Komiti Tetap Kongres Rakyat Guangxi, Tuan Yang Terutama Peng Qinghua di Istana Nurul Iman. Tuan Yang Terutama Peng Qinghua adalah dalam rangka lawatan kerja ke negara ini yang bertujuan untuk mengukuhkan dan mengeratkan lagi kerjasama teknikal, perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua belah pihak, khususnya dalam memajukan industri halal dan industri bio melalui Koridor Ekonomi Brunei - Guangxi. Mengiringi TYT ialah Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Am di CPC bagi Komiti Guangxi, Tuan Liu Youming; Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Guangxi, Tuan Wang Naixue; Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Guangxi, Tuan Li Wenjie; Ketua Pengarah bagi Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Tuan Wang Lei dan pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Guangxi. Turut hadir pada Majlis Mengadap ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian dan Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Setiausaha Parti Komunis China (CPC) bagi Komiti Guangxi dan Pengerusi Komiti Tetap Kongres Rakyat Guangxi, Tuan Yang Terutama Peng Qinghua di Istana Nurul Iman.

Analisa, nilai dasar lebih empirical

Muka 11

Perkampungan MIB kukuhkan semangat perpaduan

JERUDONG, Rabu, 1 April. - Analisa dan penilaian mengenai dasar, perancangan, pelaksanaan dan keberhasilan kemajuan modal insan biarlah lebih empirical dan saintifik. Kita tidak mahu menjadikan dasar-dasar yang baik dan bertepatan tidak diteruskan disebabkan analisa dan penilaian yang pincang dan subjektif, banyak diasaskan kepada anecdotal evidence berbanding dengan yang lebih saintifik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned menegaskan perkara demikian semasa menyampaikan sijil kepada 22 peserta Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Ke-21 dan 56 peserta Program Pembangunan Eksekutif

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Pegawai-Pegawai Kerajaan Peringkat Pertengahan (EDPMMO) Ke-18 dan 19. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab menjelaskan, sungguhpun kemewahan dan kemajuan ekonomi adalah antara objektif utama dalam kehidupan, kaca mata value for money tidak berhenti melihat setakat itu sebagai ends in themselves. “Lebih jauh dari itu, kita melihat kemajuan modal insan yang boleh mengangkat ke persada yang tinggi bagi kemajuan intelek, budaya dan rohani yang melebihi kemajuan kebendaan semata-mata. Ke muka 7

Pengibaran Bendera sempena Istiadat Perkahwinan Diraja BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 April. - Jabatan Perdana Menteri sukacita memaklumkan, sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam bermula hari Isnin, 16 Jamadilakhir 1436 Masihi bersamaan 6 April 2015 Masihi hingga hari Rabu, 25 Jamadilakhir 1436H bersamaan 15 April 2015M. Bagi Pengiran-Pengiran hendaklah mengibarkan bendera peribadi mereka, orang-orang yang dikurniakan gelaran mengibarkan bendera masing-masing dan bendera Negara Brunei Darussalam bagi orang ramai serta di bangunan kementerian dan jabatan masing-masing.

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 4 April 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu