PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''DENGAN pemahaman dan pengamalan berterusan ajaran-ajaran Al-Qur'an itu, dapatlah kita menolak segala aliran atau pemikiran yang tidak senada dengan Islam, seperti Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme, Feminisme dan lain-lain lagi.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Bagi Tahun 1435 Hijrah / 2014 Masihi.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulul Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Nisa ayat 59).
TAHUN 60 / BILANGAN 79
4 JULAI 2015 / 1436
17
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Al-Qur'an cahaya Allah Pemenang Musabaqah Menghafaz Al-Qur'an terima hadiah
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang Kategori 'A', iaitu Dayang Iman Al-Humaira binti Haji Emran / Ahmad Abdussalam. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lihat muka 12 dan 13).
Jadikan Al-Qur'an sebagai penyembuh Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Julai. Al-Qur'an menjadi sebab untuk menyembuhkan masalah manusia sama ada dari segi sosial, politik dan keluarga atau alam sekitar yang dihadapi oleh dunia pada hari ini dan menjadi kebimbangan terhadap ancaman risiko yang timbul kepada kehidupan manusia. Justeru, Al-Qur'an mengajak untuk mengatasi
punca masalah dan menghilangkan penyakit dengan bersabar menghadapi situasi-situasi dan masalah yang tidak ditemukan oleh manusia penyembuhnya. Perkara tersebut antara yang dijelaskan oleh Timbalan Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Muhd. Hussein bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dalam Ceramah Khasnya
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
bertajuk 'Al-Qur'an Penawar dan Rahmat' pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. Tambah Dr. Haji Muhd. Hussein, Al-Qur'an menyeru kepada peraturan umum yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan, termasuk apa yang dikenali sebagai perubatan pencegahan, misalnya bersuci, berwudhu, mandi dan menjaga kebersihan badan dan pakaian dan memelihara fitrah pada tubuh manusia seperti bercukur, berkhatan, memotong misai dan mengerat kuku. Ke muka 6
Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Julai. Tempat untuk belajar membaca Al-Qur'an di Negara Brunei Darussalam, tidaklah sukar untuk didapati, seperti di masjid, surau, balai ibadat, institusi pendidikan kerajaan mahupun swasta termasuk mata pelajaran Tafsir Al-Qur'an juga turut diadakan di setiap peringkat persekolahan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah perkara tersebut pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. Perkara ini titah baginda, adalah bertujuan, supaya generasi kita, bukan saja pandai membaca Al-Qur'an itu, tetapi juga mampu untuk memahami isi kandungannya. ''Beta sangat gembira, bahawa usaha-usaha untuk memartabatkan Al-Qur'an di negara ini telah banyak diungkayahkan, seperti melalui penubuhan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, menganjurkan musabaqah membaca dan menghafaz Al-Qur'an secara berterusan, dan malah kita juga telah melibatkan diri dalam musabaqah-musabaqah membaca dan menghafaz yang diadakan di luar negara, sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa. Di dalam penyertaan-penyertaan itu kita juga turut meraih beberapa pencapaian yang baik yang mengharumkan nama negara,'' titah baginda lagi. Menyentuh mengenai tema sambutan pada tahun ini, iaitu 'Al-Qur'an Penawar dan Rahmat', baginda bertitah, ia adalah merujuk kepada fungsi kitab suci Al-Qur'an sendiri, iaitu selain ianya petunjuk, ia juga adalah penawar dan rahmat. Ke muka 24
Muka 3 TINGKATKAN kefahaman belia tentang pembacaan dan penghayatan Al-Qur'an
Muka 4 PERHIMPUNAN Bertadarus Al-Qur'an Belia Senegara
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn