''SESIAPA yang meninggal dunia dan tertanggung ke atasnya puasa (yang wajib diqadha) maka walinya boleh berpuasa bagi pihaknya.'' - (Hadits riwayat Muslim).
''APA dia gaya dan corak kepimpinan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu? Di antaranya ialah berlaku adil kepada sesiapa sahaja, walaupun dia itu musuh. Keadilan wajib ditegakkan, sementara kezaliman mestilah dicegah dengan setegas-tegasnya.'' - Titah Sempena Menyambut dan Memperingati Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1425 Hijrah bersamaan 2004 Masihi.
4.33
TAHUN 61 / BILANGAN 67
4.43
6.07
4 JUN 2016 / 1437
6.31
28
12.20
3.45
6.30
7.46
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Menerima mengadap Utusan Perdagangan United Kingdom Oleh : Aimi Sani BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Utusan Perdagangan United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mark Garnier MP yang sedang berada di negara ini dalam rangka lawatan kerja. Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman. Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Mark Garnier MP telah berbincang mengenai kerjasama ekonomi dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom. Menyertai TYT Mark Garnier MP pada Majlis Mengadap itu ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Utusan Perdagangan United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mark Garnier MP. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah.
Majalah Bahana bahan bacaan negara bangsa Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Jun. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berkata, Majalah Bahana adalah manifestasi dari sebuah kreativiti budaya dan pemikiran warga bangsa yang akan kitani terus perkasakan dan dewasakan. Yang Berhormat berucap demikian pada Majlis Sambutan 50 Tahun Penerbitan Majalah Bahana yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Berakas, di sini.
Terdahulu Yang Berhormat menjelaskan, penerbitan Majalah Bahana merupakan wadah hati nurani penulis-penulis tanah air, tempat dan ruang mereka mencetuskan idea fikir melalui penulisan kreatif dan non-kreatif. Jelas Yang Berhormat, idea fikir penulis dijalin indah dengan sulaman aksara dan manik-manik ilmu yang akhirnya mencorak sebuah gugusan fikir untuk khalayak pembacanya berfikir dan berguru ilmu. Di samping itu, penerbitan Majalah Bahana tegasnya, adalah mendukung peranan utama DBP dalam membina minda fikir bangsa melalui kegiatan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
dan persuratan. Tambahnya, penghasilan karya sastera dan penyebarannya ke dunia antarabangsa mempunyai matlamat utama untuk menjunjung dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Menurut Yang Berhormat, kelahiran dan kewujudan Majalah Bahana memberikan suatu impak tentang perkembangan penulis-penulis tanah air. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, di awal penerbitan Majalah Bahana telah mengetengahkan nama-nama penulis besar seperti Aoh K. Hadimadja, Oscar Wilde, Harry G. Aveling, Somerset Maugham, Ulfat al-Adlab, Teuku Iskandar dan ramai lagi. Ke muka 8
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Tingkatkan kewaspadaan semasa memandu Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Jun. - Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat menyarankan agar para pemandu sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta menumpukan perhatian semasa memandu di jalan raya. Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa yang juga Penasihat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) menyarankan perkara tersebut semasa ditemu bual bersama para media semasa Kempen Beringat-ingat Keselamatan Jalan Raya di Stesen Minyak TAIB Delima, di sini. Tambahnya, hasil daripada input dan kajian-kajian yang didapati, pematuhan dari segi undang-undang banyak perbezaannya. Walau bagaimanapun terangnya, jumlah kemalangan yang berlaku dan jumlah kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya masih lagi di tahap yang sama. Ke muka 8
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn