Pelita Brunei - Sabtu 5 Dis 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''DALAM aktiviti perekonomian umpamanya, warga Perkhidmatan Awam sangat perlu memahami keperluan orang ramai, terutama para usahawan dan pelabur. Mereka ini sentiasa berhajatkan layanan dan pimpinan terbaik, sempurna dan cepat. Jika kita gagal, bererti ini adalah kegagalan kerajaan.� - Titah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-22 pada 12 Safar 1437H / 24 November 2015M.

''DAN Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan (penduduk) negeri-negeri secara zalim selagi penduduknya orang yang melakukan kebaikan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Hud, ayat 117).

TAHUN 60 / BILANGAN 145

5 DISEMBER 2015 / 1437

23

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Pertalian Brunei dengan Thailand dihargai Siaran Akhbar Pejabat Kebawah DYMM BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand dan juga Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral Prayuth Chan-o-cha sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej yang ke-88 tahun. Di dalam titah perutusan kepada Kebawah DYMM Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sangat menghargai pertalian yang sangat penting yang sekian lama telah terjalin dengan negara Thailand dan berharap untuk memperkukuhkan lagi persahabatan mesra dan kerjasama dua hala yang dinikmati selama ini oleh kedua-dua buah negara dan rakyat di tahun-tahun akan datang. Baginda mengakhiri titah perutusan tersebut dengan berharap semoga Kebawah DYMM Raja Bhumibol Adulyadej akan sentiasa berada dalam kesejahteraan dan kebahagiaan. Sementara itu, titah perutusan baginda

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand dan juga Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral Prayuth Chan-o-cha sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej yang ke-88 tahun.

kepada Perdana Menteri Thailand, TYT Jeneral Prayuth Chan-o-cha, Kebawah DYMM sangat menghargai persahabatan yang mesra dan kerjasama yang sekian lama dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat masing-

masing, dan berharap akan dapat meneruskan kerja dengan TYT bagi mengukuhkan lagi hubungan yang mesra di tahun-tahun akan datang, baik dalam bidang dua hala mahupun melalui kerjasama penting di rantau ini.

Baginda mengakhiri titah perutusan kepada TYT dengan menyampaikan salam mesra kepada TYT dan seterusnya akan bergembira menyambut hari perayaan tersebut dan tahun baru yang akan menjelang.

Kolaborasi tangani cabaran kompleks Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 4 Disember. - Kerjasama dan kolaborasi di dalam menangani pelbagai cabaran kompleks yang berlaku dalam kepantasan perubahan persekitaran pada masa ini adalah sangat penting. Pemangku Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit berkata, para penggubal dasar perlu berhadapan dengan perubahan yang berterusan dan menyesuaikan diri untuk kekal relevan serta bersaing dengan kepesatan perubahan. Berucap pada Majlis Penutup Program Pembangunan Eksekutif Dasar Awam dan Pengurusan bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Ke-12, Tahun 2015 bertempat di Mes Pegawai, Bolkiah Garison, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz menambah, mempunyai sifat kepimpinan adalah penting dalam memberikan perkhidmatan agar ia dapat membawa manfaat kepada sebuah organisasi dan negara. Menurutnya, tadbir urus yang baik berasaskan kepada prinsip kedaulatan undang-undang, akauntabiliti, ketelusan, keberkesanan dan kecekapan, ekuiti dan keterangkuman (inclusiveness), di samping prihatin terhadap kepercayaan dan nilai-nilai teras negara adalah paling mustahak dalam E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

penggubalan dasar. Seramai 26 pegawai kanan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan tentera dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), pegawai-pegawai kanan dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Pejabat Peguam Negara, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) serta angkatan tentera dari China, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand dan Viet Nam menyertai program tersebut. Kepelbagaian latar belakang dan negara-negara yang berbeza merupakan satu komponen penting untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran para peserta. Diusahakan pada tahun 2004, program tahun ini telah dibangunkan dan dikendalikan bersama Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore. Program yang diadakan selama tiga bulan ini, melengkapkan para pegawai kanan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan agar mereka menjadi lebih inovatif bagi memahami proses-proses dan cabaran-cabaran dalam menggubal dasar. Sepanjang program tersebut, para peserta telah mengadakan lawatan ke beberapa agensi kerajaan di Negara Brunei Darussalam untuk lebih menyesuaikan diri dengan pendekatan dalam menggubal dasar yang diamalkan di negara ini. Ke muka 24

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Faksimile: 2381004

Muka 3

15 ahli BDAC terima Anugerah Reben Merah

Muka 5

MELESTARI padi sebagai warisan budaya

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 5 Dis 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu