Pelita Brunei - Sabtu 5 Mac 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''DASAR kita di negara ini ialah MIB. Maka semua rancangan dan tindakan itu mestilah berlandaskan MIB. Dasar yang kukuh dan sempurna mampu, untuk memangkin pembangunan, di samping juga mampu, untuk melahirkan masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah aset dan pasak bagi negara.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32, Tahun 2016.

''INGATLAH sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah hati.'' - (Riwayat al-Imam al-Bukhari).

TAHUN 61 / BILANGAN 28

5 MAC 2016 / 1437

25

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Berkenan menerima mengadap Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi India yang baru ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick. Puan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Perlantikannya sebagai Pesuruhjaya Tinggi India ke negara ini, ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Sabtu, 23 Januari lepas. Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi India yang baru ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick.

Brunei tuan rumah WC-PSS Ke-13 Siaran Akhbar dan Foto : Autoriti Monetari Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Mac. Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) menjadi tuan rumah pada Mesyuarat Jawatankuasa Sistem Pembayaran dan Penyelesaian (WC-PSS) Ke-13, yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Penubuhan WC-PSS ini telah diluluskan pada Mesyuarat Gabenor Bank Pusat ASEAN pada bulan April 2010 di Viet Nam, dengan visinya 'Pembayaran ASEAN yang menuju pada memupuk sistem pembayaran dan penyelesaian yang bersepadu, selamat dan berkesan di rantau ini bagi membolehkan perniagaan serta individu untuk membuat atau menerima pembayaran elektronik rentas sempadan dengan lebih mudah. Ke muka 3

Muka 5 Muka 4

MUIB terima kutipan wang zakat TAIB

Berkenan bergambar ramai bersama pasukan Brunei DPMM FC

Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 70 Kali Khatam bagi Tahun 2016

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Kelab Bola Sepak DPMM berkenan menerima junjung ziarah daripada pemain-pemain bola sepak pasukan Brunei DPMM FC. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 3).

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.